Isnin, 30 Januari 2017

PERBUALAN SEHALA.....

Pernah tak korang mengalami situasi macam ni...

ko ada hal personel nak beritahu dengan seorang rakan ni, kira macam nak share masalah le...tapi bila ko jumpa dia...baru bukak mulut beberapa saat...dia pulak mencelah dan bercerita bak bertih goreng yang mana ko takde langsung peluang mencelah....maka ko pun terangguk angguk mendengar ceritanya....ujung ujung baru dia tanya ko, apa yang nak ko cerita...ko rasa macamana?  Nak cerita ke .....

Akhirnya ko balik rumah, peluk kucing dan menangis di ujung katil .....

Bak kata cikgu mokjadeandell  "In life,mendengar satu saja irama tentu membosankan.meletihkan...Diversity is rejuvenating"





Selasa, 17 Januari 2017

Bertaut kembali....

Hello,

I have not much story to tell...instead of pergi balik kerja and facing the bad traffic every morning...but today...i just wanted to share a little things about me :-)

Am not a kind of peramah...but i am not a sombong person...i hardly speak if i do not know the person ..tapi once i know them...aku jadi tak karuan pulak nak bercakap..hahaha...

Jadi kenkawan aku memang la boleh dibilang dengan jari.  I rather pick the quality than quantity dalam berkawan.  Bukan bermakna aku memilih..tapi rasanya  korang tau kan that some people is being good to you coz they have hidden agenda...dan aku selalu jauhkan diri dari golongan ini.

Hari ni aku nak cerita pasal one of my bff ni.  Actually i got 2 girls as my bff tapi hari ini biar aku ceritakan kisah dia dulu..hehehe...kami kenal dah lama but something went wrong in 2008  and broke our friendship...it tooks a while like 4 yrs...dan aku kalau dah membenci..aku delete terus mereka mereka dari hidupku...so, tak yah nak pikir dah or amik tau...buruk nau perangai aku.

So, something happened in end 2012 dan ntah macamana our friendship bertaut kembali.  Let it gone be by gone..buang yang keruh dan ambil yang jernih, gitu prinsip aku...

Aku hepi sesangat sebenarnya dan bersyukur.  Bff aku ni sangat memahami aku.  Our character is totally different i tell you..tapi we still manage to be a good friend tho.  Dia sangat teliti dan teratur...sedangkan aku jenis yang ikut rasa hati/mood...dia akan stick to one brand or one place kalau dah suka...sedangkan aku suka try sana sini...Dia agak penakut, gayat sedangkan aku agak berani dan suka ketinggian.  Tapi kalau tang selera, dia pulak jenis yang suka mencuba itu ini...sedangkan aku sebaliknya...aku suka lauk kampung je uolsss...

Mine if i say, despite all this, muka kami agak serupa..mcm adik beradik orang selalu kata dengan size badan yang agak sama dan chinese look..hahaha

Serupa ke?




Ni masa cuti cuti with bff's last 2 years....langkawi kut










Aku memang bersyukur everything is back to normal...moga persahabatan ini akan berterusan selamanya.

and last but no least...my anak bulus yang sedang ketawa riang....






Selasa, 3 Januari 2017

Makan Makan Before and After 2016

Hello,

Rajin lak nak menghapdet blog walaupun aku tau sorang dua je yang baca...tapi ada aku kisah...hiks

Menjelang tahun baru tu, aku ke KLCC bagi meraikan harijadi terlambat seorang rakan plus lunch together gather sebelum tahun baru.  Harrod's resto yang menjadi pilihan dan sambil menikmati hidangan sambil berselfie...actually bukan selfie pun...mintak tolong adik waiter tolong ambilkan :-)

Here goes some pictures ...

 Harrod's 31/12/16



Rebung 01/01/17

Just to share, lunch di Rebung adalah secara buffet dengan kos RM40++ satu kepada (Anggaran lebihkurang RM43.00).

Spread makanan banyak pilihan dan yang penting jika terdapat makanan dah nak habis, maka cepat je mereka akan topap.  Memang puas hati.  Dan yang penting Chef Ismail memang ada disitu melayan tetamu.  Tapi idok le datang ke setiap meja.  Chef Ismail sangat ramah ok.  Dulu Restoren Rebung ni terletak di Bangsar, sekarang dah berpindah di Taman Botani which is sangat convenience dengan tempat letak kereta yang banyak dan kawasan restoren yang lebih luas.

Memang aku rekomen sesiapa yang hendak mencuba.  Yang penting masakan dari Restoren Rebung ternyata sedap sesuai dengan selera kampung aku :-)

Isnin, 2 Januari 2017

RIP Lucky @ Aky :-(

Selamat Tahun Baru 2017 !!!

Kali ni aku nak cerita pasal seekor kucing yang aku selamatkan baru baru ni.  Kisahnya berlaku dalam minggu lepas sebelum krismas.  Aku lunch bersama dengan kawan aku...so, selesai lunch kami pun bergerak nak beli buah kat kedai berdekatan.  Dalam kereta, kawan aku beritau yang dia ada terjumpa anak kucing masa nak hantar baju ke laundry.  

So, aku kata jom kita tengok ada tak lagi kitten kat situ.  Masa pergi tercari cari jugak kitten yang dimaksudkan, tapi tak berjumpa.  Tapi aku terjumpa seekor anak kucing yang masih kecik dalam usia 3 minggu sedang nazak.  Kesian sangat aku tengok, lalu aku amik kotak dan masukkan dalam kotak.

Sedang aku sibuk uruskan kitten yg nazak tu, kawan aku terdengar bunyi anak kucing mengeow.  Lantas kami cari kat mana bunyi kitten tu.  Rupanya dah termasuk dalam longkang.  Dengan pantas aku turun kat dalam longkang dan terus capai kitten tu.  Allah, sebaya dengan yang nazak tu...aku rasa adik beradik kut.  Tanpa berfikir aku bawak ke duanya balik kerumah.  Misi nak cari buah langsung tak jadi.

Ni la kittennya...kecik, kurus dan sakit mata.



Aku namakan Lucky @ Aky.  

Tapi seekor lagi yang sedang nazak tu akhirnya mati juga pada hari yang sama di rumah aku :-(

Masa balik sempat singgat di petshop beli susu untuk kitten.  Aku terpaksa forcefeed susu menggunakan syringe sebab dia tak pandai lagi minum.  Tapi Aky dah pandai makan sendiri.  Aku beri wetfood dalam tin.  Masa makan agak kelakar jugak sebab si Aky ni agak gelojoh.  Ye lah..lapar kut.  Si Aky ni juga aku rasa hampir buta kedua belah matanya.  Mungkin sebelum ni dah lama terbiar di luar dan sakit mata tidak dirawat.  Tiap hari aku bersihkan dengan kapas basah.  Aky juga aku rasa kecacingan, tapi aku tak bagi ubat cacing sebab saiz badannya yang masih sangat kecik dan kurus.  Risau dia terus mati kalau diberi ubat cacing.  Tunggu lah dia gemuk sikit.

Selepas tu aku tengok najisnya cair dan dia selalu cirit birit, aku jadi risau.  Aku cari sumber di google dan aku tukar susunya kepada yang lagi mahal seperti di bawah.  Kecik je tapi harga dalam RM35++.  Aku beli wetfood jenama Avoderm.  Aku tak bawak ke vet sebab dia sangat kecik lagi.  Vet tak akan bagi suntikan kalau terlampau kecik.  



Tidak juga nampak perubahan.  Cirit birit masih berterusan dan ada suatu masa tu aku tengok dia macam kekejangan.  Badan bertambah kurus.  Tapi selera makan tetap ada.  Maka aku tukar terus dari wetfood ke dada ayam rebus.  Gigih beli dada ayam dan rebus.  Pun si Aky tetap berselera makan.  Dah kurang sikit cirit biritnya tapi aku tengok keadaan dia makin lemah.  Sedihnya aku.  Aku dah cuba sedaya upaya aku.

Akhirnya lepas seminggu, si Aky pergi jua.  Pergi la sayang...aku redha sebab aku dah cuba yang terbaik. Masih teringat betapa keciknya si Aky, kalau pegang terasa tulang tulangnya. :-( 

Lagi gambar si Lucky yang sempat aku jadikan kenangan....


Lucky @ Aky (24/12/16 - 31/12/16)