Ahad, 16 Julai 2017

Bila Sawan Rajin Dah Mari...

Perkataan sawan ni pinjam kata kata @hainom ok je...hehehe

Entah kenapa aku teringin sangat nak makan homemade laksa.  Dah lama teringin, tapi sebab tak pernah buat sendiri, jadi aku kuburkan keinginan.  Dah berhari hari asik intai cara cara buat laksa di ig.  Tak le susah mana pun nak buat.  

Jadi hari Sabtu lepas, sawan rajin tetiba datang tanpa diundang.  Gigih lepas sarapan keluar ke supermarket beli barang barang untuk laksa.  Cadang nak ikan kembung, tapi takde stok pulak aritu, ikan sadin pun ikan sadin lah.  Janji ikan. 

Lepas berkungtau kat dapur, inilah hasilnya...mengigil makan uolss...sebab laporrr...tapi memang puas hati sebab boleh letak sayur banyak banyak...biasa yang beli kat pasar malam tu, alahai..sayurnya punya la sikit...jadi buat sendiri, suka hati nak letak sayur mayur banyak banyak.

The kuah laksa...


 One plate of laksa for me...yummy

The veges....



Kan aku kata aku dah kena sawan rajinkan...petang tu pulak aku buat agar agar pandan bersantan.  Sebab daun pandan memang subur tumbuh dalam pasu kat luar rumah.  Geram je tengok daun daun hijau tu, so datang idea nak buat agar agar. 

Ni la rupanya...yang dah dipotong untuk di share pada rakan rakan pejabat hari ni...tak la cantik sangat kan..tapi rasa boleh la tahan dan baunya memang wangi..


Kat bawah pulak gambar jejemput jagung aku buat semalam..hehehe..kan kata sawan rajin dah mai...


Sekian, aku tak harap sawan rajin ni muncul selalu...sebab i takut i terlebih makan kalau rajin sangat masak :-)

Selasa, 11 Julai 2017

Sambung balik cite cuti cuti...

(Kali ini entry agak panjang dengan gambar gambar yang agak banyak...sila bertabah ye)

Lepas 2 malam di Paris, kami kembali ke London semula...maka bermula misi berjalan jalan di kota London

Hari pertama kami ke tempat ikonik yang popular...mana lagi kalau tak ke London Bridge, cuma masa tu cuasa agak mendung dengan hujan rintik rintik menambahkan lagi sejuk di musim bunga.  Masa dalam perjalanan ke Tower Bridge, ternampak pulak restoran Celebrity Chef Jamie Oliver.  Haruslah nak bergambar kan...cadang nak jugak try makan di restoran tersebut, tapi tak jadi sebab restoran agak ramai pengunjung waktu tu.  Jadi, kita ambik gambo sudah...



Tower Bride yang popular...kalau ke London harus kena pegi melawat tempat ikonik dan popular ni...posing macam aku ni harus...tapi hati hati..jangan sampai terjatuh pulak dalam sungai.


Burung camar yang jinak jinak merpati...



Lagi pemandangan menarik berdekatan Tower Bridge...di sebelah kanan ni adalah Tower Castle, juga merupakan salah satu tanda aras popular di kota London



Lawatan tak sah jika tak melawat istana mendiang Princess Diana...jom cuci cuci mata...

Gambar di bawah adalah taman yang terdapat dalam kawasan istana tersebut.  Belakang taman tu adalah istana mendiang Princess Diana



Di belakang aku tu adalah view istana Princess Diana dari arah hadapan...



Jalan jalan di kawasan sekitar istana...terdapat satu taman yang sangat cantik..setiap pokok pokok disitu mengeluarkan sejenis bunga yang sangat cantik...tapi tak kelihatan jelas di gambar







Si angsa putih dan itik serati yang mencuri tumpuan pengunjung......



Di hari ke 2,  jom kita melawat Big Ben & Eye of London yang juga merupakan antara ikonik di kota London...tak sah kalau tak pergi sini..jom tengok gambar..cuma yang tak best masa ni cuaca agak cloudy..jadi gambar nampak gelap

Gambar aku posing maut ..hahaha..(kalau nak kutuk, kutuk dalam hati je tau..)


Bersama rakan rakan karib....




Gambar poyo tuan blog berlatar belakang Eye of London...hiks


Dah jalan jalan di cuaca yang sejuk dan berangin ni, dah tentu perut meronta kelaparan...jom ke Burger & Lobster...dengar cerita tempat ni terkenal di kalangan artis malaysia yang melawat london...mesti nak update dalam ig kalau makan disini...ye ke?

Terletak di tingkat 5, Bangunan Harvey Nichols, Knightbridge, London.  Verdict...pada selera aku, biasa biasa je la...mungkin aku kurang sikit seafood ni...makan hari tu 35 paun seorang (lebihkurang RM200). Harga adalah sama jika makan di cawangan Burger & Lobster di Genting Highland. Satu-satunya cawangannya yang terdapat di Malaysia.



Us again...bersama waiters yang extra peramah ..haha



Di hari ke 3, lawatan adalah di istana Bonda Ratu, Trafagar Suare, Green Garden & Piccadilly Circus...jom tengok gambar...

Di hadapan Buckingham Palace...

 


Tuan blog nak melompat pulak...walaupun gagal lagi disitu...almaklum, badan dah berat



Trafagar Square...dulu rasanya Trafagar Square ni terkenal dengan burung merpati...masa aku kesini tak nampak pulak walau seekor merpatipun...kemanakah kau wahai merpatiku?



Kebetulan masa nak sampai ke Buckingham Palace tu, pasukan berkuda pengawal istana sedang bertukar syif agaknya...dapatlah aku menjamu mata...kagum tengok kuda dan pakaian pengawal istana...



Di Green Garden, berhampiran istana bonda ratu...



Gambar di bawah adalah tempat lepak yang terkenal di Picadilly Circus....tak terdapat pertunjukan circus disini ye...tu hanya pada nama je...tempat lepak ni memang terkenal di kalangan warga muda mudi di kota London.  Masa aku sampai tu, kebetulan ada pertunjukan meraikan dewa krisna ke apa ntah...masa leka menengok mat minah salih ni menari ala ala hindustan..tetiba aku ditarik oleh seorang dari penari tersebut..tapi sebab aku ni sporting, menari la jugak sekejap bersama mat minah saleh yang berpakaian sari dan kurta...aku je yang sesat berbaju merah..hahaha...tapi sayang kawan aku tak amik gambar...cuma video je...so, aku segan nak share..hehe

"Piccadilly Circus is a road junction and public space of London's West End in the City of Westminster, built in 1819 to connect Regent Street with Piccadilly" (ceduk dari google)





Fuhhh...rasanya cukup la sedikit gambar gambar yang aku share di sini sepanjang aku ke London dan Paris. Jika ditanya mahukah aku melawat kembali London jika berpeluang, jawapannya ye...suka dengan kebersihan dan rakyatnya yang peramah dan cool. 







Selasa, 4 Julai 2017

Moga Bubu Tenang Di sana....

Bubu aku jumpa di gerai jual air jambu ditepi jalan yang sibuk berhampiran ofis pada tahun 2013...aku memerhati je dari dalam kereta ketika dia mengeow ngeow di kaki setiap orang meminta simpati.  Kecik dan comot ketika itu sehingga aku risau takut orang terpijak dia yang sangat kecil ketika itu.

Sebaik saja rakan aku sampai ke kereta (beli air jambu), aku tanpa membuang masa terus turun mengambil anak kucing comot ni.  Letak dlm kotak di dalam kereta, dan belikan sedikit makanan..cukup la rasanya sehingga menjelang waktu aku habis kerja.  Memandangkan aku parking di bangunan ofis, aku biarkan kesemua tingkap terbuka sedikit supaya dia mendapat udara.

Balik kerja sampai dikereta, elok je dia duduk diam diam dalam kotak.  Maka anak kucing tersebut aku namakan Bubu.

Di bawah Bubu ketika mula dijumpai..


Sampai dirumah aku membersihkan mukanya dengan menyapu kapas yang dicelup dengan air suam...comel je lepas dibersihkan...



Bubu ni jenis kucing yang suka menyendiri...tak banyak kerenah dan sangat penakut dengan orang yang tak dikenali.  Pernah di langgar (saya tak pasti samada motor atau kereta) dan menyebabkan tulang belakangnya tak serata.  Bayangkan dia kemalangan selepas seminggu di mandulkan...dengan luka spyed diperut yang belum sembuh. Masa dihantar ke vet, vet hanya sarankan aku menghantar Bubu ke UPM untuk di xray dan ekor Bubu dah tak berfungsi dan perlu dipotong katanya.  Tapi aku tau, kos vet di UPM memang mahal walaupun dengarnya dibiaya oleh kerajaan. Aku bawak pulang Bubu dan vet di klinik ada beri sedikit ubat.

Tapi betul la kata pepatah, kasih sayang dapat menyembuhkan luka/sakit...maka aku rawat Bubu semampu mungkin dan makin lama aku peratikan ekor Bubu kembali berfungsi dan Bubu cergas seperti biasa kecuali kakinya sedikit dengkut.

Dipendekkan cerita, Bubu pergi ketika aku sibuk menguruskan kucing kucing untuk diberi pada orang boarding yang datang kerumah sebelum aku nak bercuti panjang.  Bila difikirkan, ada baiknya Bubu pergi ketika aku masih ada..aku tak dapat bayangkan kalau dia mati ketika diboarding...lagi sedih aku...Bubu memang nak dia ditanam bersama yang lain di laman rumah.

Moga Bubu tenang disana dan tunggu mommy di syurga kelak.  Kenangan Bubu bersama mommy tidak akan pernah padam.  (Bubu -  27/9/13 - 2/5/17)

Lagi gambar gambar Bubu....