Isnin, 16 Julai 2018

Cerita Cuti Cuti ke Bali

Plan bercuti ke Bali ini dirancang agak lama...jadi sebulan sebelum tarikh pergi, aku dah book tempat untuk menginap via AirBnB.  Ni aku nak cerita pasal book kat AirBnb ni...

Of coz la bila kita nak book tu, kita akan letak daerah mana yang kita nak menginap..dalam kes ni, aku letak Kuta sebab cadang nak menginap di situ...maka keluarlah segala jenis pilihan homestay atau rest house (memang plan nak duduk di homestay yg ala ala Bali).  Berkenan le satu resthouse ni...banglo 2 tingkat...kat tingkat atas hanya bilik dengan 4 katil, dan tingkat bawah hanya pantry berserta ruang rehat mengadap swimming pool...memang cantik & cozy..hargapun mampu milik...so, semua bersetuju untuk tinggal di situ selama 5 hari 4 malam.  Booking melalui AirBnB ni kita harus bayar online masa booking tu jugak.  Berbeza jika kita guna Booking.com...kita hanya bayar setelah kita sampai ke tempat tersebut.

Ok, sambung cerita...lebihkurang seminggu lagi dari tarikh nak pergi..aku pun booking Pak Supir...aku booking amik yang Fillanie rekomen dalam blognya.  Settle tu, dia suruh aku wassup alamat penginapan...lepas bagi alamat penginapan korang nak tau apa Pak Supir tu kata......

Pak Supir kata resthouse ni dekat Lovina...Lovina tu nak ke airport dalam 3 jam kalau tak jalan tak sesak..kalau jalan sesak mungkin lebih dari tu...ko rasa?  Kelam kabut aku wssp bff aku yang lain..semua tak perasan yang alamat penginapan di Lovina.  Mana lah kita tau kan..kita bukan familir area situ...kita bergantung 100 peratus kat AirBnB...dah kita memang pilih Kuta, ingat homestay yang kat Kuta je lah yang keluar kat situ...tak tau la pulak Lovina ni dah terkeluar daerah...dan kami tidak maulah menginap di tempat yang jauh dari airport...kalau tinggal kat Kuta, cuma 25 minit je dari airport.

Terpaksa la kansel booking di Lovina tu  (fyi..Lovina adalah tempat untuk melihat dolphin berenang bebas)...dan dengan pantas book hotel lain...kali ni aku suruh kawan aku pulak book pulak via Booking.com je.  Nasib baik masih banyak lagi hotel yang available kat Kuta...oh, homestay yang kami kansel tu cuma dapat refund 50% je ...hmmm...ok la dari takde langsung.

Dahla seminggu dari tarikh nak pergi, Gunung Agung pulak meletus...aku risau kalau airport ditutup...memang flight akan kansel penerbangan.  Alhamdulillah...makin dekat tarikh..nampak everything smooth je.

Untuk makluman sesiapa yang belum pernah ke Bali, diharuskan mengambil Pak Supir untuk membawa kita kemana mana.  Kerana disana agak tidak praktikal menggunakan kenderaan awam. Jalannya sangat sesak disana sini...dan dari satu kawasan tumpuan pelancongan dengan yang lain jaraknya sangat jauh ye.

Ok, kat bawah ni antara tempat tempat yang aku lawati ...

Hari pertama tempat yang memula dituju adalah di Tampaksiring Temple...salah satu dari beratus ratus kuil yang terdapat di daerah ini...kebetulan ada seorang rakan aku yang beragama Hindu hendak sembahyang dan dah alang alang ke kuil katanya..tapi aku peratikan member aku ni banyak perati dulu..pastu baru join sembahyang..komennya cara anutan hindu di Bali agak berbeza dengan hindu di Malaysia...hindu di sana katanya macam mengamalkan ajaran hindu purba..gitulah katanya...aku pulak masuk sekadar ingin mengambil gambar dan melihat suasana di dalamnya...

Suasana di dalam sebuah kolam disitu...air yang kelihatan mengalir disebelah kanan tu datangnya dari mata air di tingkat atas..dikatakan tidak pernah kering walaupun kemarau...orangramai yang kelihatan disitu kebanyakannya mahu mandi mensucikan diri ...kelihatan beratur mengambil giliran mandi dibawah pancur air...



Di antara view di dalam kuil tersebut....


Selepas Tampaksiring, bergegas ke Gunung Batur pulak.  Bestnya kat sini...sejuk & nyaman je cuacanya...makan tengahari pun menghadap Gunung Batur...memang cantik dan memukau viewnya...terkagum kagum aku masa tu...



Merujuk gambar dibawah, korang nampak tak tasik dihujung tu...tasik ditepi gunung tu terjadi hasil dari ledakan gunung berapi hingga timbulnya kawah dan lama kelamaan air bertakung hasil dari terbitnya mata air...begitu lah diceritakan oleh Pak Supir sejarahnya...cantikkan



Kemudian lawatan ke tiga hari tu, aku ke Tegalalang Padi Terrace....kalau di tempat kita, padi ditanam di tanah rata, tapi disana padi ditanam di lereng lereng bukit mengikut kesesuaian keadaan mukabuminya yang bergunung ganang...

Tapi ketika aku datang ni..bukan pada musim menuai...atau lebih tepat padi telah dituai dan belum ditanam yang baru...jadi yang kelihatan hanya tapak tapak yang kosong..

Begini la rupa keadaan teres teres padi di sana...aku tak tau macamana sistem pengairan yang mereka gunakan atau mungkin padi bukit tidak menggunakan sistem pengairan macam ditempat kita.


Lepas ke Tegalalang Padi Terrace, dah tak larat nak kemana dah.  Kata kat Pak Supir nak terus balik hotel je...bukan apa, jalanraya kat Bali ni kecik tau...ada 2 lorong je...tak macam sistem jalanraya di tempat kita...memang sangat berbeza...masa memang banyak dihabiskan di dalam kenderaan...kematu pungkok duduk dalam avanza...gitewwww


Hari kedua tempat pertama yang Pak Supir bawah adalah ke Garuda Wisnu Kencana Park atau lebih dikenali dengan nama GWK Cultural Park...tempat ni baru dibuka menurut kata Pak Supir...



Nampak tak binaan patung di belakang aku tu...dikatakan hampir 15 tahun untuk menyiapkan binaan tersebut termasuk juga lah pembinaan disekitarnya...


View kat belakang aku ni adalah bukit bukau yang dipotong potong menjadi sedemikian rupa...patut la hampir 15 tahun nak siapkan ...





Selepas GWK Park singgah sebentar di Pantai Pendawa...turun sekejap sekadar menikmati pemandangan & amik amik gambar je...boleh tahan jugak pemandangan di situ.  Berlainan dengan laut di Malaysia...tak hairan lah..mukabumi disana pun memang berbeza...

Cantikkan view laut di Pantai Pendawa...



Lepas selfie melfie bagai, terus bergegas ke Uluwatu...tempat yang terkenal dengan pemandangan tebing yang tinggi dengan laut dibawahnya.  Disitu juga persembahan tarian Kecak dimainkan.  Tapi aku malas nak tengok kecak, panas oiii...tak sabar dah nak duduk Avanza yang sejuk ada ekon..hehehehe

Jom tengok gambo tuan blog dengan aksi-aksinya....


View di bawah antara yang sempat di abadikan dalam camera.. (kredit to PutraCKlam)






Lepas selesai amik gambar, rasa malas dah nak tunggu tarian kecak...ditambah dengan cuaca yang panas..kami terus balik..badan dah rasa melekit dengan haus & lapar..hahaha

Esoknya pulak acara bebas iaitu kami dah tak menyewa Pak Supir...2 hari jer berjalan dengan Avanza..FYI sewa dengan Pak Supir ni kos adalah 450 ribu rupiah sehari (including minyak & makan/minum Pak Supir), tapi kami belanja je Pak Supir makan dengan kami...no hal.  Yang perlu kami bayar sendiri adalah kos parking.  Hari ketiga kami berjalan sendiri naik teksi je.  Perlu diingat ye...kalau boleh ambil teksi yang menggunakan meter.  Atau jika dah tau kos sesuatu tempat tu berapa, kalau diorang tak mau pakai meter, sebut je berapa kos kita nak.  Macam kami, dari hotel ke pantai naik teksi kosnya 40 rupiah, masa nak balik teksi insist tak mau pakai meter, dia nak 100 ribu, aku tawar je 50 rupiah, kira 10 rupiah lebih dari harga guna meter, dreber setuju...then settle.

Untuk acara bebas tak lain dan tak bukan adalah shoppingggg...shopping kat Bali ni best sebab sangat murah.  Contohnya t-shirt...dengan kain yang sangat berkualiti (100% cotton) boleh dapat dengan harga RM13 ke RM15 ringgit je.  Kalau kat sini dengan harga tu hanya boleh dapat tshirt yang jenis kainnya dicampur dengan spandex...panas hockay. Aku memang beli banyak t-shirt.  Cantik cantik pulak tu coraknya.  Aku mengakulah, harga barang di Bali jauh lebih murah berbanding di Malaysia dengan kualiti yang setanding dengan produk yang mahal.  Sebelum balik hotel, sempat jugak kami jenguk Hard Rock Bali & Pantai Kuta.

Sempat la jugak aku bergambar sana sini...


 



Berakhir la sudah percutian aku ke Bali selama 5 hari 4 malam...seronok la jugak..lain negara lain budayanya.  Yang penting hormati budaya mereka dan just enjoy the moment.








Jumaat, 13 Julai 2018

Open House Raya Ofisku

Tahun ni rumah terbuka hariraya untuk ofis aku disambut agak meriah.   Ada satu entry aku nak up date pasal percutian aku ke Bali sebelum tu...tapi memandangkan raya dah nak abis, marilah aku update dulu entry raya ni.  Jamuan hariraya diadakan semalam iaitu pada 12 July 2018.

Meriah la jugak dengan segala macam juadah raya.  Aku seperti biasa cepat kenyang...makan nasi tomato & sate..pastu dah tak boleh nak sumbat apa apa dah.  Yang pasti teh tarik memang minuman feveret.

Sila tumpukan perhatian pada gambar tuan tanah ye...hehehe...tuan tanah agak hepi di situ sebab tahun ni beli baju raya ;-)





Juadah yang meriah, lauk utama sudah pasti sate yang jadi kegemaran semua & nasi tomata...sila sila cuci mata ye....

Sate ayam & daging berserta rendang ayam untuk dimakan bersama lemang, ketupat daun palas dan nasi impit.

Kueh mueh...yang nampak di situ cucur badak, kueh koci, agar agar gula melaka dan kek buah.

Laksa & Mee Udang

Ayam masak merah (lauk nasi tomato)

Kerabu mangga

Jelatah timun & kuah dal (lauk nasi tomato)

Buah buahan & ketupat daun palas

Kuzi kambing

Rojak buah


Gitulah ceritanya.....