Selasa, 9 Oktober 2018

Jumpa anak kucing lagi..alahaiii

Lagi kisah terjumpa kitten jalanan

Kisahnya pada 7/9/18 aritu, aku ada urusan di Pejabat Pos.  Waktu lunch aku keluar untuk settlekan urusan aku.  Dah park cantik cantik kat tepi bangunan tu, aku pun berjalan menuju ke pejabat pos.  Masa melalui depan satu pasaraya ni aku terdengar bunyi mengeow yang kuat.  Ternampak la satu makluk kecik ni mengejar ngejar kaki aku. Alahai, halusnya, anggaran 4 minggu kut usia kitten ni...aku letak semula ke lantai dan teruskan berjalan, sambil tu tengok kirikanan, tak nampak pulak ibu kitten atau siblings nya..memang dia sekor je kat situ...aku macam tak sedap hati nak biarkan kitten sekecik tu...aku patah balik dan amik kitten tu dan masukkan dalam kereta. Patah balik ke pejabat pos dan selesai urusan, kembali ke kereta, diam je si kecik ni duk dalam kereta.

Sampai ofis, aku terpaksa biarkan kitten ni dalam kereta.  Tapi sebab aku parking dalam bangunan, jadi aku tak risau la kereta panas ke apa....cuma aku turunkan sikit cermin kereta untuk udara keluar masuk.  Habis kerja, elok je budak kecik ni duk kat tempat kaki seat penumpang.  Tapi aku dah siapkan kotak.  Tak berani nak biarkan gitu je, takut nanti masa driving dia berjalan kat pedal pulak...bahaya.

Gitu la cerita macamana aku jumpa budak kecik ni...aku namakan PP sempena Pejabat Pos yang aku berurusan..hehehehe.  Pandai dia poo pee ditempat yang disediakan.  Lebihkurang seminggu dalam jagaan, aku dapati dia macam tak berselera nak makan, tanya pendapat rakan ofis di pejabat...kemungkinan cacing kata mereka.  Balik tu segera bagi ubat cacing..nahhh kau...memang banyak cacing rupanya.  Cemana la aku tak terfikir nak bagi ubat cacing.  Settle dah masalah kecacingan...doakan moga dia terus membesar dengan sihat ye.  

Ni la gambar PP masa mula mula aku kutip dia...kecik sangatkan...camana la dia nak hidup diluar sana..sedih sangat bila fikir...



Ni gambar dia masa dua hari kat rumah...kat bawah tu pet bed feveretnya...hobinya menenen kat kain belah dalam petbed tu...



Kat bawah gambar PP masa aku bawak dia pergi Kuantan ..pakaikan setokin sebab takut sejuk..kekeke..yang bagusnya si PP masa bawak gi Kuantan aritu, dia diam je dalam kereta.  Memang bawak sekali petbed ni..letakkan dalam cage...elok je duk diam sambil menenen syok sendiri.


Ni gambar latest PP yang diambil pada 29/9/18...kecik jugak lagi...tak jugak gemok gemok...kitten belakang rumah lagi gemok dari dia...


Bagaimana dengan penerimaan kucing yang sediaada kat rumah?  

Memang ada yang boleh terima.  Yang 3 ekor kat rumah tu ok je...macam tak kisah.  Lagi 2 ekor tu, sampai tak mau masuk rumah.  Makan pun kat luar...kalau masuk pun sekejap je...nampak kelibat si PP, terus laju pecut keluar...macamkan ternampak alien...tapi sekarang dah ok dah :-)

Jantina si PP adalah jantan...secara peribadi saya lagi suka kucing betina.  Sebabnya, kucing betina ni jika kita dah mandulkan, biasanya tak ada masalah dah....tapi kucing jantan, walau dah dikembirikan, naluri memancut tetap ada...sesekali akan memancut jugak dimana mana.