Selasa, 9 Oktober 2018

Jumpa anak kucing lagi..alahaiii

Lagi kisah terjumpa kitten jalanan

Kisahnya pada 7/9/18 aritu, aku ada urusan di Pejabat Pos.  Waktu lunch aku keluar untuk settlekan urusan aku.  Dah park cantik cantik kat tepi bangunan tu, aku pun berjalan menuju ke pejabat pos.  Masa melalui depan satu pasaraya ni aku terdengar bunyi mengeow yang kuat.  Ternampak la satu makluk kecik ni mengejar ngejar kaki aku. Alahai, halusnya, anggaran 4 minggu kut usia kitten ni...aku letak semula ke lantai dan teruskan berjalan, sambil tu tengok kirikanan, tak nampak pulak ibu kitten atau siblings nya..memang dia sekor je kat situ...aku macam tak sedap hati nak biarkan kitten sekecik tu...aku patah balik dan amik kitten tu dan masukkan dalam kereta. Patah balik ke pejabat pos dan selesai urusan, kembali ke kereta, diam je si kecik ni duk dalam kereta.

Sampai ofis, aku terpaksa biarkan kitten ni dalam kereta.  Tapi sebab aku parking dalam bangunan, jadi aku tak risau la kereta panas ke apa....cuma aku turunkan sikit cermin kereta untuk udara keluar masuk.  Habis kerja, elok je budak kecik ni duk kat tempat kaki seat penumpang.  Tapi aku dah siapkan kotak.  Tak berani nak biarkan gitu je, takut nanti masa driving dia berjalan kat pedal pulak...bahaya.

Gitu la cerita macamana aku jumpa budak kecik ni...aku namakan PP sempena Pejabat Pos yang aku berurusan..hehehehe.  Pandai dia poo pee ditempat yang disediakan.  Lebihkurang seminggu dalam jagaan, aku dapati dia macam tak berselera nak makan, tanya pendapat rakan ofis di pejabat...kemungkinan cacing kata mereka.  Balik tu segera bagi ubat cacing..nahhh kau...memang banyak cacing rupanya.  Cemana la aku tak terfikir nak bagi ubat cacing.  Settle dah masalah kecacingan...doakan moga dia terus membesar dengan sihat ye.  

Ni la gambar PP masa mula mula aku kutip dia...kecik sangatkan...camana la dia nak hidup diluar sana..sedih sangat bila fikir...



Ni gambar dia masa dua hari kat rumah...kat bawah tu pet bed feveretnya...hobinya menenen kat kain belah dalam petbed tu...



Kat bawah gambar PP masa aku bawak dia pergi Kuantan ..pakaikan setokin sebab takut sejuk..kekeke..yang bagusnya si PP masa bawak gi Kuantan aritu, dia diam je dalam kereta.  Memang bawak sekali petbed ni..letakkan dalam cage...elok je duk diam sambil menenen syok sendiri.


Ni gambar latest PP yang diambil pada 29/9/18...kecik jugak lagi...tak jugak gemok gemok...kitten belakang rumah lagi gemok dari dia...


Bagaimana dengan penerimaan kucing yang sediaada kat rumah?  

Memang ada yang boleh terima.  Yang 3 ekor kat rumah tu ok je...macam tak kisah.  Lagi 2 ekor tu, sampai tak mau masuk rumah.  Makan pun kat luar...kalau masuk pun sekejap je...nampak kelibat si PP, terus laju pecut keluar...macamkan ternampak alien...tapi sekarang dah ok dah :-)

Jantina si PP adalah jantan...secara peribadi saya lagi suka kucing betina.  Sebabnya, kucing betina ni jika kita dah mandulkan, biasanya tak ada masalah dah....tapi kucing jantan, walau dah dikembirikan, naluri memancut tetap ada...sesekali akan memancut jugak dimana mana. 


Selasa, 11 September 2018

Up date kehilangan Veri...Syukur, dia dah selamat pulang ke rumah

Syukur ke hadrat Allah....tu je yang dapat ku ucapkan tentang kepulangannya

Pagi tadi 12/09/18 lebihkurang 2 pagi aku terjaga dari tidur.  Selepas kebilik air, aku ke ruang tamu untuk menjenguk si kecik PP (nanti aku cerita pasal macamana terjumpa si kecik ni)...elok je aman dia tido dalam petbed...tetiba aku terdengar suara mengeow yang sangat sangat aku kenal...gaya meow si Veri...aku cepat cepat bukak sliding dan dia muncul depan pintu dan terus masuk rumah sambil riuh mengeow.

Aku rasa macam.."eh, bermimpi kah aku"...sebab dah lebih 2 minggu dia menghilang.  Badannya bersih tidak kotor dan tidak jugak berbau busuk, cuma agak susut sikit...tiada tanda tanda luka pun dimana mana, cuma ada kesan mcm melecet sikit ditengkuk.  Sempat aku spray ubat luka.  Lain lain, dia sihat sepenuhnya.  Mulut nya bising mengeow, aku faham dia macam hendak bercerita kemana dia menghilang, cuma aku tak faham.  Di bagi makan pun dia tak makan...dia asik mengeow dan menggesel kat kaki aku...aku faham, dia teramat rindu kat aku sepertimana aku merinduinya.

Rasanya si Veri ni lah sekor sekornya kucing aku yang menghilang tapi pulang semula.  Kucing kucing aku yang lepas, kalau dah hilang memang takkan muncul semula.  Aku rasa mungkin ada orang yang kasi makan sepanjang kehilangannya itu.  Memang itu lah doa aku.  Alhamdulillah ya Allah, Kau kembalikan dia kembali kepada ku.

Selasa, 28 Ogos 2018

Pulang lah Veri....

Hari ni dah masuk 2 hari anak bulusku si Veri tak balik rumah...sedihnya...pagi 27/8/19 , aku tak nampak kelibat dia kat luar nak masuk rumah untuk makan.  Si Veri ni biasanya kalau malam memang tido dalam rumah, tapi ada masanya kalau aku nak tutup semua pintu, dia sibuk nak keluar, biasanya aku biarkan je sebab memang pagi mesti dia ada tido bawah kereta...tapi pagi tu memang tak nampak kelibatnya...aku memang rasa tak sedap hati...perasaan akan kehilangan tu ada....tapi sedapkan hati..ahh..balik kerja nanti harap dia ada tapi hampa....

Veri ni kelahiran rumah...ibunya tak sempat aku mandulkan...tapi lepas beranak aku terus mandulkan ibunya..malangnya ibunya jugak hilang...rasanya kehilangan Veri ni ada kaitan dengan sekor kucing jantan yang selalu datang tumpang makan kat depan rumah ni..aku namakan putih je .kucing ni sangat dominan ...semua kucing aku dihambatnya, macamkan dia pulak tuanrumah...memang geram dan rasa nak hambat jer dengan selipar, tapi setiap pagi bukak pintu nampak mukanya minta makan...tak sampai hati...awal subuh tu, memang dengar suara kucing bergaduh, aku suspek si Putih dengan kucing aku Veri, aku biarkan je sebab tu adalah biasa...tapi tak sangka pulak si Veri takde pagi tu....

Aku sedih...hampir 6 tahun dia bersama...seekor yang suka makan...kalau makan berselera je...paling suka melekap kat riba aku...pantang aku duk kat sofa..ada je dia datang melekap...pernah sakit sekali...tapi kembali sihat selepas dihantar ke Vet...tapi lepas tu kepalanya sedikit teleng...

Veri, balik la....mummy rindu Veri  :-(


Bawah ni Veri dengan kakaknya...yang belakang tu ibunya...ibunya sangat penyayang dengan anak anak..tapi bila anak anak dah umur dalam 5 bulan gitu.. dia dah makin garang dengan anak anaknya...dah tak mau balik rumah...lama lama hilang macam tu jer...sedih..


Antara koleksi gambar gambar aku dengan si Veri...



Dan ini lah si Puteh yang rasa dia abang kawasan tu...



Rabu, 8 Ogos 2018

Cerita Masak Masak & Anak Kucing terbiar lagi....

Sekarang ni musim buah durian dah sampai ke penghujung rasanya...yang ada tinggal saki baki, begitu juga dengan rambutan, manggis, pulasan dan lain lain...hebat tahun ni...bermusim sekali harung...bagi mereka yang tiada berdusun, jom le kita mengait rambutan manggis di pasar malam...sediakan duhet je...tapi rasanya tahun ni semua buah buah bermusim ni dijual agak murah.  Mungkin sebab berbuah serentak, jadi penjual tak dapat nak naik kan harga kaw kaw.  Syukur sebenarnya...aku juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati buah buahan tempatan ni..Tapi beli la ...durian, pulasan, rambutan, manggis...semua aku dah merasa...memang puas makan.  Tiap tiap hari jumaat aku tak lupa berhenti di pasar malam...durian terutamanya...sampai dah tak lalu nak makan...adalah hari tu aku terlebih beli...ada sebijik kut yang dah sampai tak lalu nak makan, jadi aku jadikan tempoyak...sikit je pun...dapat le setengah botol nescafe yang kecik tu...sekali masak je pun...

Ni yang aku beli minggu lepas, durian pun ada, tapi takde dalam gambar...semua buah buah ni 5 ringget je sekilo...



Ni pulak tempoyak buatan sendiri yang aku masak...puasnya hati dalam makan tempoyak hasil sendiri walau tak banyak...dulu dulu arwah mak aku suka masak tempoyak dicampur taugeh kasar..sedapnya ya amat..aku ingat lagi aku cukup suka menghirup dan meratahnya...tapi aritu nak cari taugeh kasar di giant, tak jumpa...masa tak berhajat nak masak, ada je taugeh tu...tiba kita nak masak...takde..sabar je la..jadi aku gantikan dengan timun je...pun sedap jugak..cuma bahagian biji tu kena buang...kuah tempoyak ni tak letak santan ye...ni style macam kuah pindang, tapi cuma letak tempoyak je, pastu masukkan sekor dua ikan kembung dalam tu..lawankan dengan ikan kembung goreng..perghhh...2x tambah uolss...





Yang ni pulak cite petang semalam, balik kerja nak bukak pintu pagar, aku ternampak 2 ekor anak kucing terjengok dari bawah keta neibor yang parking depan rumah aku...eh..comot dan sedih je muka...lepas masukkan keta, aku tangkap 2 ekor tu ..nasib je senang nak tangkap walau terpaksa membongkok bawah keta...

Muka comot, telinga berkurap..perut boncit..anggar umur dalam 3 bulan kut...terus masukkan 2 ekor tu dalam cage..tak nampak pulak ibunya...tapi tak pernah pulak aku jumpa kitten kat kawasan rumah ni...heran jugak dari mana datangnya...

Bagi wetfud ..licin..sian..kelaparan..pastu dah malam sikit, aku amik sisa minyak masak, lumurkan kat telinga 2 ekor tu...pastu terus forcefeed ubat cacing...settle...senyap sunyi je...tak mengeow..baik je...malam tu aku biarkan 2 ekor tu dulu dalam cage...

Pastu pagi tadi, aku lumur lagi minyak masak kat telinganya...kurungkan jugak, cadang balik nanti baru nak lepaskan dalam rumah, tapi masa nak keluarkan kereta, tetiba aku ternampak sekor ibu kucing ni mengeow dengan 2 lagi kitten yang sebaya ...ahh sudah...tu mesti ibunya...aku tak sampai hati..aku lepaskan jugak 2 ekor tu...biarla dia balik ke ibunya...kalau lapar, pandai pandai la korang makan kibbles/air yang aku letakkan depan rumah...gitu la ceritanya...kalau balik nanti, ada lagi kitten kitten tu, boleh aku rawat lagi ..harap berjumpa lagi...

Ni la kitten kitten tu...kronik kan kurap kat telinganya...masa ni baru je letak dalam cage, belum lumur minyak lagi..




Isnin, 16 Julai 2018

Cerita Cuti Cuti ke Bali

Plan bercuti ke Bali ini dirancang agak lama...jadi sebulan sebelum tarikh pergi, aku dah book tempat untuk menginap via AirBnB.  Ni aku nak cerita pasal book kat AirBnb ni...

Of coz la bila kita nak book tu, kita akan letak daerah mana yang kita nak menginap..dalam kes ni, aku letak Kuta sebab cadang nak menginap di situ...maka keluarlah segala jenis pilihan homestay atau rest house (memang plan nak duduk di homestay yg ala ala Bali).  Berkenan le satu resthouse ni...banglo 2 tingkat...kat tingkat atas hanya bilik dengan 4 katil, dan tingkat bawah hanya pantry berserta ruang rehat mengadap swimming pool...memang cantik & cozy..hargapun mampu milik...so, semua bersetuju untuk tinggal di situ selama 5 hari 4 malam.  Booking melalui AirBnB ni kita harus bayar online masa booking tu jugak.  Berbeza jika kita guna Booking.com...kita hanya bayar setelah kita sampai ke tempat tersebut.

Ok, sambung cerita...lebihkurang seminggu lagi dari tarikh nak pergi..aku pun booking Pak Supir...aku booking amik yang Fillanie rekomen dalam blognya.  Settle tu, dia suruh aku wassup alamat penginapan...lepas bagi alamat penginapan korang nak tau apa Pak Supir tu kata......

Pak Supir kata resthouse ni dekat Lovina...Lovina tu nak ke airport dalam 3 jam kalau tak jalan tak sesak..kalau jalan sesak mungkin lebih dari tu...ko rasa?  Kelam kabut aku wssp bff aku yang lain..semua tak perasan yang alamat penginapan di Lovina.  Mana lah kita tau kan..kita bukan familir area situ...kita bergantung 100 peratus kat AirBnB...dah kita memang pilih Kuta, ingat homestay yang kat Kuta je lah yang keluar kat situ...tak tau la pulak Lovina ni dah terkeluar daerah...dan kami tidak maulah menginap di tempat yang jauh dari airport...kalau tinggal kat Kuta, cuma 25 minit je dari airport.

Terpaksa la kansel booking di Lovina tu  (fyi..Lovina adalah tempat untuk melihat dolphin berenang bebas)...dan dengan pantas book hotel lain...kali ni aku suruh kawan aku pulak book pulak via Booking.com je.  Nasib baik masih banyak lagi hotel yang available kat Kuta...oh, homestay yang kami kansel tu cuma dapat refund 50% je ...hmmm...ok la dari takde langsung.

Dahla seminggu dari tarikh nak pergi, Gunung Agung pulak meletus...aku risau kalau airport ditutup...memang flight akan kansel penerbangan.  Alhamdulillah...makin dekat tarikh..nampak everything smooth je.

Untuk makluman sesiapa yang belum pernah ke Bali, diharuskan mengambil Pak Supir untuk membawa kita kemana mana.  Kerana disana agak tidak praktikal menggunakan kenderaan awam. Jalannya sangat sesak disana sini...dan dari satu kawasan tumpuan pelancongan dengan yang lain jaraknya sangat jauh ye.

Ok, kat bawah ni antara tempat tempat yang aku lawati ...

Hari pertama tempat yang memula dituju adalah di Tampaksiring Temple...salah satu dari beratus ratus kuil yang terdapat di daerah ini...kebetulan ada seorang rakan aku yang beragama Hindu hendak sembahyang dan dah alang alang ke kuil katanya..tapi aku peratikan member aku ni banyak perati dulu..pastu baru join sembahyang..komennya cara anutan hindu di Bali agak berbeza dengan hindu di Malaysia...hindu di sana katanya macam mengamalkan ajaran hindu purba..gitulah katanya...aku pulak masuk sekadar ingin mengambil gambar dan melihat suasana di dalamnya...

Suasana di dalam sebuah kolam disitu...air yang kelihatan mengalir disebelah kanan tu datangnya dari mata air di tingkat atas..dikatakan tidak pernah kering walaupun kemarau...orangramai yang kelihatan disitu kebanyakannya mahu mandi mensucikan diri ...kelihatan beratur mengambil giliran mandi dibawah pancur air...



Di antara view di dalam kuil tersebut....


Selepas Tampaksiring, bergegas ke Gunung Batur pulak.  Bestnya kat sini...sejuk & nyaman je cuacanya...makan tengahari pun menghadap Gunung Batur...memang cantik dan memukau viewnya...terkagum kagum aku masa tu...



Merujuk gambar dibawah, korang nampak tak tasik dihujung tu...tasik ditepi gunung tu terjadi hasil dari ledakan gunung berapi hingga timbulnya kawah dan lama kelamaan air bertakung hasil dari terbitnya mata air...begitu lah diceritakan oleh Pak Supir sejarahnya...cantikkan



Kemudian lawatan ke tiga hari tu, aku ke Tegalalang Padi Terrace....kalau di tempat kita, padi ditanam di tanah rata, tapi disana padi ditanam di lereng lereng bukit mengikut kesesuaian keadaan mukabuminya yang bergunung ganang...

Tapi ketika aku datang ni..bukan pada musim menuai...atau lebih tepat padi telah dituai dan belum ditanam yang baru...jadi yang kelihatan hanya tapak tapak yang kosong..

Begini la rupa keadaan teres teres padi di sana...aku tak tau macamana sistem pengairan yang mereka gunakan atau mungkin padi bukit tidak menggunakan sistem pengairan macam ditempat kita.


Lepas ke Tegalalang Padi Terrace, dah tak larat nak kemana dah.  Kata kat Pak Supir nak terus balik hotel je...bukan apa, jalanraya kat Bali ni kecik tau...ada 2 lorong je...tak macam sistem jalanraya di tempat kita...memang sangat berbeza...masa memang banyak dihabiskan di dalam kenderaan...kematu pungkok duduk dalam avanza...gitewwww


Hari kedua tempat pertama yang Pak Supir bawah adalah ke Garuda Wisnu Kencana Park atau lebih dikenali dengan nama GWK Cultural Park...tempat ni baru dibuka menurut kata Pak Supir...



Nampak tak binaan patung di belakang aku tu...dikatakan hampir 15 tahun untuk menyiapkan binaan tersebut termasuk juga lah pembinaan disekitarnya...


View kat belakang aku ni adalah bukit bukau yang dipotong potong menjadi sedemikian rupa...patut la hampir 15 tahun nak siapkan ...





Selepas GWK Park singgah sebentar di Pantai Pendawa...turun sekejap sekadar menikmati pemandangan & amik amik gambar je...boleh tahan jugak pemandangan di situ.  Berlainan dengan laut di Malaysia...tak hairan lah..mukabumi disana pun memang berbeza...

Cantikkan view laut di Pantai Pendawa...



Lepas selfie melfie bagai, terus bergegas ke Uluwatu...tempat yang terkenal dengan pemandangan tebing yang tinggi dengan laut dibawahnya.  Disitu juga persembahan tarian Kecak dimainkan.  Tapi aku malas nak tengok kecak, panas oiii...tak sabar dah nak duduk Avanza yang sejuk ada ekon..hehehehe

Jom tengok gambo tuan blog dengan aksi-aksinya....


View di bawah antara yang sempat di abadikan dalam camera.. (kredit to PutraCKlam)






Lepas selesai amik gambar, rasa malas dah nak tunggu tarian kecak...ditambah dengan cuaca yang panas..kami terus balik..badan dah rasa melekit dengan haus & lapar..hahaha

Esoknya pulak acara bebas iaitu kami dah tak menyewa Pak Supir...2 hari jer berjalan dengan Avanza..FYI sewa dengan Pak Supir ni kos adalah 450 ribu rupiah sehari (including minyak & makan/minum Pak Supir), tapi kami belanja je Pak Supir makan dengan kami...no hal.  Yang perlu kami bayar sendiri adalah kos parking.  Hari ketiga kami berjalan sendiri naik teksi je.  Perlu diingat ye...kalau boleh ambil teksi yang menggunakan meter.  Atau jika dah tau kos sesuatu tempat tu berapa, kalau diorang tak mau pakai meter, sebut je berapa kos kita nak.  Macam kami, dari hotel ke pantai naik teksi kosnya 40 rupiah, masa nak balik teksi insist tak mau pakai meter, dia nak 100 ribu, aku tawar je 50 rupiah, kira 10 rupiah lebih dari harga guna meter, dreber setuju...then settle.

Untuk acara bebas tak lain dan tak bukan adalah shoppingggg...shopping kat Bali ni best sebab sangat murah.  Contohnya t-shirt...dengan kain yang sangat berkualiti (100% cotton) boleh dapat dengan harga RM13 ke RM15 ringgit je.  Kalau kat sini dengan harga tu hanya boleh dapat tshirt yang jenis kainnya dicampur dengan spandex...panas hockay. Aku memang beli banyak t-shirt.  Cantik cantik pulak tu coraknya.  Aku mengakulah, harga barang di Bali jauh lebih murah berbanding di Malaysia dengan kualiti yang setanding dengan produk yang mahal.  Sebelum balik hotel, sempat jugak kami jenguk Hard Rock Bali & Pantai Kuta.

Sempat la jugak aku bergambar sana sini...


 



Berakhir la sudah percutian aku ke Bali selama 5 hari 4 malam...seronok la jugak..lain negara lain budayanya.  Yang penting hormati budaya mereka dan just enjoy the moment.








Jumaat, 13 Julai 2018

Open House Raya Ofisku

Tahun ni rumah terbuka hariraya untuk ofis aku disambut agak meriah.   Ada satu entry aku nak up date pasal percutian aku ke Bali sebelum tu...tapi memandangkan raya dah nak abis, marilah aku update dulu entry raya ni.  Jamuan hariraya diadakan semalam iaitu pada 12 July 2018.

Meriah la jugak dengan segala macam juadah raya.  Aku seperti biasa cepat kenyang...makan nasi tomato & sate..pastu dah tak boleh nak sumbat apa apa dah.  Yang pasti teh tarik memang minuman feveret.

Sila tumpukan perhatian pada gambar tuan tanah ye...hehehe...tuan tanah agak hepi di situ sebab tahun ni beli baju raya ;-)





Juadah yang meriah, lauk utama sudah pasti sate yang jadi kegemaran semua & nasi tomata...sila sila cuci mata ye....

Sate ayam & daging berserta rendang ayam untuk dimakan bersama lemang, ketupat daun palas dan nasi impit.

Kueh mueh...yang nampak di situ cucur badak, kueh koci, agar agar gula melaka dan kek buah.

Laksa & Mee Udang

Ayam masak merah (lauk nasi tomato)

Kerabu mangga

Jelatah timun & kuah dal (lauk nasi tomato)

Buah buahan & ketupat daun palas

Kuzi kambing

Rojak buah


Gitulah ceritanya.....

Ahad, 10 Jun 2018

Berbuka di luar VS masak sendiri

Tajukkk....macamkan ko hari hari memasak...auta je lebih ni kannn...heeeee

Anyway, nak cerita sepanjang bulan ramadan ni...aku hanya berbuka 3 kali je diluar....
selebihnya lebih selesa berbuka dirumah...

Berbuka dirumah lebih santai...tak yah pikir nak harung jem lepas berbuka...
Aku masak yang simple simple je...
Puasa kan....dah lapar tu makan apa pun sedap...
Tapi aku memang jenis tak reti masak sikit sikit
sekali masak seperiuk (jgn ingat periuk besar pulak ye)
tapi aku jenis tak kisah makan lauk perangat...
lagi lagi bulan puasa ni...jimat sikit duit & tenaga...
Contoh kalau aku masak gulai...3 hari baru habis...cuma masak sayur je
untuk menambah lauk berbuka...

kat bawah antara gambar gambar yang sempat diambil ketika berbuka diluar...

Gambar di bawah waktu berbuka di IYC Cheras...antara lauk pauknya...


Kueh mueh....


Udang Masala...


Buah buahan....



Rendang daging ni sangat sedap....teringat ingat sampai sekarang
 
Kacang Panjang goreng ...


Ayam masak kicap bersambal kut...pun meletop rasanya...

Dah kenyang...jom bayar kat kaunter....aku suka berbuka disini..orang tak ramai..relax relax je
makan makan sampai kul 10..hahahaha...



Gambar bawah pulak masa berbuka di Sheraton Imperial KL...
Gambar makanan tak sempat nak amik sebab sampai pun dah dekat waktu berbuka...
lagipun orang agak ramai ...aku segan...
  


Ni pulak berbuka di restoren dekat dekat rumah jer....



Yang lain lain berbuka dirumah bersama lauk pauk masak sendiri atau ada yang dibeli...antaranya...

Masak lemak udang & buncis...

Ayam masak lemak cili padi, sambal bilis, buncis goreng...


Lemang, daging dendeng..(semua pun beli..heee)

Kari ikan, sawi goreng, sambal bilis...karipap beli yang instant..tinggal goreng je



Gitu le ceritanya....

Sendiri terliur tengok gambar lauk pauk ni...