Rabu, 24 Mei 2017

Ke Paris dulu...

Sambung dari cerita sebelum ni...

Aku sampai London hari Khamis petang, hari Jumaat ronda ronda sekitar Cambridge dan hari Sabtu terus ke Paris selama 2 malam...naik Eurostar terus ke Paris..perjalanan memakan masa selama 2 jam 10 minit macam tu...harga tiket dalam lebihkurang RM500 pergi/balik.

Sampai je di Paris, kami terus ke hotel.  Aku menginap di Ibis Hotel ...lepas rehat sekejap, terus keluar ke destinasi popular.  Kemana lagi kalau tak ke Eiffel Tower dan Marble Arch.  Aku sampai agak lewat..jadi dapat la tengok Eiffel Tower bertukar warna.  Memang cantik kalau pergi waktu malam.  Tapi yang tak tahan adalah sejuk yang sangat mencengkam walaupun waktu tu adalah musim bunga.  Hari ke dua, aku ke tempat iconic Paris iaitu ke Notre Dame dan Mont Marte.  Semua tempat aku pergi tu menggunakan pengangkutan bawah tanah.  Kena pandai tengok peta arah mana dan stesyen mana yang hendak dituju sebab stesyen keretapi bawah tanah mereka bersimpang siur.

Eiffel Tower di waktu malam...waktu ni dalam pukul 9 malam..tapi masih terang lagi..




Gambar di bawah semasa Eiffel Tower berkelip dalam masa 10 minit...




Jom kita ke Notre Dame pulak...Notre Dame adalah tempat ikonik terkenal di Paris.  Gereja yang mempunyai 2 menara berketinggian 69 meter dengan senibina berunsur gothik ini paling ramai menerima kunjungan setiap tahun.  Aku memang bercadang untuk masuk ke dalam untuk melihat senibina dari dalam, tapi bila lihat barisan beratur yang panjang...terus kansel...aku memang malas kalau nak tunggu lama ni...






Jom ke Mont Marte melawat satu lagi ikonik terkenal iaitu gereja Basilica Sacre-Coeur.  Terletak di atas bukit Mont martre setinggi 130 meter.  Sempat juga aku menjengah ke dalam gereja untuk melihat senibinanya yang terdapat didalamnya...






Pemandangan dari atas bukit Mont Marte


 Aku dan haiwan memang berpisah tiada...pencinta haiwan la katakan...






Last but not least...style posing trend sekarang..hahaha

Berakhir 2 malam aku di Kota Paris...kemudian aku balik ke London...next entry pulak cerita London ye...

Isnin, 22 Mei 2017

Sightseeing di Cambridge University

Hello...

Kali ni nak cerita pasal aku melawat University of Cambridge dulu...kira macam kawasan Cambridge tu adalah kawasan terdekat dari rumah tempat aku menginap...jadi haruslah aku pergi melawat tempat tempat yang terdekat dahulu.   Bercakap mengenai University Cambridge, Almarhum Tunku Abdul Rahman  pernah belajar di sana dan beberapa tokoh politik juga...

Jom kita masuk dulu dalam kawasan Universiti yang cantik itu...










Di antara senireka dalaman gereja yang terdapat di university tersebut...




Lepas ke University, terus ke Primark Cambrige for shoppingggg....tak payah ke London...sebab di Cambridge sendiri ada Primark...boleh tahan gak besarnya tapi tak sebesar yang terdapat di London...

Sampai disini dulu ye...nanti sambung ke tempat lain pulak...




Khamis, 18 Mei 2017

Cuti Cuti Tenangkan Minda...

Holaaaa....

Lama rasanya tak menjenguk blog dan blogwalking ...aku bercuti baru baru ni...dari 4/5 hingga 15/5..bercuti ke negara Europe ..London & Paris je  :-)

Cuma percutian ni rasanya macam istimewa sebab aku memang dijemput sebagai tetamu dirumah seorang rakanku yang berbangsa Inggeris.  Actually, aku pun memang pernah berjumpa dengan beliau ketika beliau melawat Malaysia beberapa kali.  Segan sebenarnya nak terima pelawaan, tapi bila dipelawa beberapa kali..why not kan...boleh jugak merasa kehidupan orang putih di sana.

So, di London, penginapan aku adalah di Bungtingford.  Wilayah popular yang berdekatan adalah Cambridge yang terkenal dengan Universiti nya.  Dapatlah aku masuk ke Universiti Cambridge dengan privileage rakan inggeris aku tu.  Bukan senang tau nak masuk dalam Universiti tu...

Hari ke dua baru aku ke Paris.  Kesana selama 2 malam and back to London again.  Lepas tu la baru masuk ke London selama beberapa hari dan round kota London sampai puas.

Ok..gambar di bawah cuma gambar sekitar Bungtingford.  Cantik kawasan rumah mereka...cuaca sejuk & nyaman tak terasa kalau berjalan jauh.  Bulan may adalah spring time ..jadi suasana sangat cantik..tapi agak sejuk mencengkam kalau angin bertiup...

Inilah rumah aku menumpang sepanjang 11 hari aku di London.




Ni view dari bilik ...waktu ni baru 6.00 am tau...tapi terang macam pukul 9.00 pagi ditempat kita...sejuk mencengkam



Di antara kawasan kejiranan Buntingford..cantikkan





Di bawah pulak masa aku ke rape seed field berdekatan Buntingford...cantik pemandangan dengan warna kuning seluas mata memandang.

Aku macam jakun di rape seed farm...al maklumlah..baru first time..hahaha..di mana mana di luar London terdapat banyak pada padang rape seed yang mana bunganya digunakan untuk dijadikan minyak masak.


Sampai kat sini dulu ye...nanti aku share pulak gambar sekitar aku ke Universiti Cambridge, Paris dan London.