Rabu, 13 Disember 2017

Ketagihan Yang Agak Pelik

Risau dengan diri sendiri...

Sejak akhir akhir ni dah jadi macam satu ketagihan...balik dari keje...dah selesai semua urusan yang sepatutunya...maka aku pun akan menghadap skrin hanphone sampai lupa waktu tidur hanya untuk melihat kejadian kejadian  kemalangan di atas jalanraya yang terjadi di seluruh dunia (sumber dari FB)...kadang kadang aku replay berkali kali hanya untuk melihat di mana silap dan salah siapa kemalangan terjadi.  

Banyak yang terjadi tu, pada pendapat aku disebabkan  i) memandu terlalu laju  ii) keadaan jalan yang terlalu licin dek ais kerana musim sejuk  iii) sistem jalanraya yang bercelaru  iv) kecuaian pemandu sendiri  v) kurang komensen dikalangan pemandu.

Bila melihat semua ini, pada pendapat aku, sistem jalanraya di Malaysia sangat baik dan teratur berbanding di negara negara tertentu.  

Tapi malangnya hobi aku ni bukan lah sesuatu yang boleh dikongsi sebab tidak ramai yang berminat nak tengok dan yang pasti bateri cepat kaput..bagi yang mengemari minat macam aku...sila like page "auto's balesetek" ..itu antara page yang aku suka ..  Bukan semua kemalangan dalam tu kemalangan maut.  Ada juga kemalangan kemalangan yang dibuat dengan musik yang santai dan lucu...ni kalau kemalangan akibat kebodohan sendiri....biasa pemandu adalah wanita...yang tu memang kelakar...

Oh..aku tidak enjoy lihat kemalangan kemalangan tu semua....yang pasti menjadi lebih berhati hati.






Selasa, 7 November 2017

Kontes Ke 6 Anjuran Komensen - Teka Nama Ikan


http://al-lavendari.blogspot.my/

Nak jugak...mana tau jawapan mengena...mudah mudahan...

Bila Jezzy Kena Cium....

Salam Ceria semua,

Ni cerita semalam.  Kejadian ni terjadi waktu pagi nak pergi kerja.  Waktu sampai Jalan Loke Yew, kat situ memang agak "bumper to bumper"...aku mengekor kereta depan agak dekat dan aku nampak kereta belakang agak jarak.  Pastu tetiba kereta depan jalan agak laju, aku pun mengekor...ntah camana, tetiba dia brek mengejut..aku sempat brek walau aku mengekor rapat, tapi kereta belakang tak sempat brek...gedegang..kena bumper keta aku...ahhhhhhhh..(aku suspek driver main telefon, tu pasal tak sempat brek, sebab jarak dia mengekor tak rapat sangatpun).



Aku turun tengok keadaan kereta...ahhh...kemek dah jezzy ku...so saddaa....

Yang melanggar kereta aku pun turun jugak...meminta maaf...seorang perempuan berbangsa cina..aku cool je...kata its ok...tapi dia kena la settlekan hal kereta aku kan...so dia nak bagi aku RM200...aku tak setuju sebab aku tak tau kos sebenar ketuk dan cat...pastu aku cadangkan dia claim insuran dia...dia kata nak call lakinya dulu...

ok, aku tunggu...dah congceng..congseng kat tipon, dia tanya aku, ok tak kalau dia bawak aku ke bengkelnya...katanya somewhere kat Jalan Chan Sow Lin, aku terus setuju sebab memang dah dekat ofis aku...so ke Jalan Chan Sow Lin le aku pagi tu mengekor keretanya dari belakang...sampai dibengkel, hubbynya pun sampai...yang best tu, hubbynya terus buka bonet kereta aku, check itu ini , pastu tanggalkan alat penutup kat bonet, tanpa minta kebenaran aku...sabar je la aku...aku peratikan je perangainya...pastu tetiba minta kunci macam gangster...(macam Ahlong pun ada)

Meh sini aku desribe lakinya itu...berbadan besar dan tinggi, masih muda...jari emas penuh di jari...tak bercakap langsung  dengan aku...dia bersuara hanya masa nak minta kunci kereta je...

Yang di bawah berbaju hitam tu la lelaki yang aku cerita kat atas...


Gambar atas masa kereta aku sedang di ketuk...pastu aku ke ofis bengkel tu tanya bila siap kereta aku..katanya petang baru siap..so, memang tak la aku nak tunggu situ...jadi aku minta tolong perempuan cina tadi untuk hantar aku ke luar kawasan bengkel supaya senang aku tunggu teksi...dia kata ok...tapi kena pulak ikut kereta lakinya sebab dia nak hantar kereta dia pulak ke bengkel yang lain..eh..nape tak hantar sekali kat situ ek..hmmm..lantak situ..janji kereta aku dia settlekan..

So, aku naik kereta perempuan cina tu..didepan kereta lakinya...mengekor ke bengkel lain la pulak..gasaklah...janji dia nak hantar aku kat ofis katanya..dah sampai bengkel yang lain...perempuan tu settlekan hal kereta dia pulak...dah selesai, aku naik la pulak kereta lakinya yang macam ahlong tu...sekejap je pun...dah selamat sampai ofis, aku pun turun ucap terima kasih...masa tu terpikir gak nak minta nombor telefon perempuan cina tu...tapi bila fikir kereta dah hantar bengkel, takde sebab aku nak nombor telefon lagi dah...ahhh..gamble je..takkan dia nak tipu kan...petang aku kol bengkel tu...dah siap keta aku ..yeayyyyy...syukur sangat...walaupun deal dengan orang macam ahlong, tapi semuanya selesai....kos repair bila ditanya kerani bengkel tu, dia pun tak pasti..dalam 3 ke 4 ratus macam tu katanya...

Gambar sebelum ketuk...


Gambar selepas ketuk...aku puas hati....


Gitu la kisah semalam...memandu atas jalanraya ni, semuanya bergantung pada nasib...kadang kadang kita dah bawa berhati hati..tapi disebabkan kecuaian orang lain...kita pun jadi mangsa...jadi sebelum memulakan perjalanan, berdoalah kepada Nya moga perjalanan kita dipermudahkan...

Ok, kat bawah pulak cerita minggu lepas meraikan harijadi bff di GPO Genting...dah sekali updat tu..jom kita cerita sekali harung...ntah kenapa rajin pulak kitorang nak naik ke Genting...akupun memang dah lama tak genting..so jom...

Tak naik sampai atas pun...sampai ke level GPO je (Genting Premium Outlet), kami makan di Absolute Thai je...sejuk sejuk layan nasi panas panas memang best...licin semua...haha


Us again..dah lama tak bergathered dengan diorang ni..almaklum ofis dah lain lain..tapi ikatan tetap kukuh di hati...yang dress merah tu la besday gurl...

Gitu lah ceritanya.....

Ok..terima kasih sudi membaca...


Rabu, 4 Oktober 2017

Macamana Aku Kekal Kurus?

Begitulah pertanyaan yang selalu diajukan kepada aku bila mereka melihat cara aku makan...eh, banyak ke aku makan?   Begitu yang selalu terdetik dihati aku .  Tapi sebenarnya pertanyaan sebegitu sering ditanya sebab bila rakan rakan melihat aku mengambil sarapan yang berat contohnya seperti nasi lemak or lontong.  Mungkin mereka fikir aku ni jenis yang jaga pemakanan...oh..memang tak ye.  Aku memang suka makan walaupun aku bukan jenis yang nak jalan jalan cari makan.  Faham tak maksud aku...hahaha...

Meh sini aku nak cerita bagaimana aku kekal langsing (seperti mana yang dikatakan rakan rakanku, walau aku tak pernah fikir begitu).  

Cara pemakanan aku simple je...bukan le makan sihat sihat pun..which is not good ye...aku sarapan berat waktu pagi sebab malam aku jarang makan.

Tengahari agak kerap ambil lunch ...tapi dalam jumlah yg sikit sebab masih kenyang sarapan...alasan ambil lunch sebab tak mahu kebuluran waktu balik...dan malam memang jarang makan yang berat kecuali waktu lunch tak makan apa apa.  Aku cuma makan buah buah macam betik, anggur atau pisang.  Memang cukup untuk alas perut sampai esok pagi.  Kalau lapar tak menahan jugak, aku bancuh nescafe dan cicah sedikit biskut.  

Macam pagi tadi..turun ke cafe nampak ada pemandangan macam di bawah:-


Arghhh...aku tak boleh tengok pulut kuning...bercahaya mata aku terpandang pulut kuning.  Jadi ambil pulut dan simbahkan dengan kuah kari ayam dan kentang.  




Aku rasa mungkin sebab aku tak berapa suka nak makan yang merepek macam goreng pisang ke, kek, kerepek atau segala macam tu...makan la jugak, tapi jarang...aku suka makan yang mengenyangkan macam kat atas...atau nasi/mee/roti...mungkin tu rahsianya kut...dan aku jugak jarang nak minum air suam putih ni...aku lebih suka minum air manis macam nescafe o atau teh o....aku minum air kosong jika aku benar benar dahaga, tapi mesti yang sejuk. 

Yang bestnya kalau rakan rakan tengok aku makan, mesti ada yang bagi statment macam ni "eh..ko ada bela jin ke?? sebab beberapa jam lepas tu aku dah lapar semula..hahahaha...apa apa je lah....walau bagaimanapun aku bersyukur masih sihat untuk menikmati ini semua....yang penting hidup harus gembira..kalau ada masalah, selesaikan...jangan stress sebab itulah punca penyakit...




Sekian, dari aku yang 'membela'...hahaha

Rabu, 16 Ogos 2017

Sebab aku pencinta haiwan

Salam semua...

Sebab aku pencinta haiwan, maka aku banyak berinteraksi bersama pencinta pencinta haiwan yang lain di sosial media baik di facebook mahupun di instagram.  Sebab aku pencinta haiwan juga, maka aku cuba untuk jadi "vegetarian" semampu mungkin.

Sebab aku pencinta haiwan, semua haiwan aku pandang comel.  Sebab aku pencinta haiwan, hati aku belas melihat kucing/anjing terbiar di luar sana, tapi yang paling menyakitkan, aku tak dapat membantu mereka kecuali memberi sedikit makanan.  Kalau aku kaya raya, impian aku adalah untuk membina sebuah shelter untuk haiwan haiwan jalanan ini, walaupun aku tau...pembuangan kucing/anjing tidak akan terhenti selagi pemilik haiwan tidak mengawal populasi dengan memandulkan kucing/anjing mereka.

Jadi sebagai pencinta haiwan, gambar yang cantik di bawah aku kongsi untuk tatapan semua (kredit: @rhino1818 ).  Enjoyyy...












Enjoy ke...kalau ye..terima kasih :-)

Isnin, 7 Ogos 2017

Rajin ke nak layan....

Tajukkkk...sesuatu sangat kan...sebenarnya lebih kepada rajin ke nak layan selera...hehe

Aku suka makan.  Tapi aku tak rajin nak bawak kereta jauh jauh cari makan.  Makan yang dekat dekat rumah, asal kenyang sudah.  Gitu aku melayan malas...

Sabtu lepas, sahabat aku ajak layan selera makan lauk kampung berdekatan rumahnya.  Memang sedap makan dekat sini, ada ikan bakar, ulam ulaman (ni yg best) dan lauk lauk kampung yang lain.  

Ikan bakar yang disiram dengan air asam, perghhhh....dijodohkan pulak dengan ulam daun selom..memang mavelos, aku makan sampai 2 pinggan...punya la sedap...



Ulam-Ulaman

Pilihan aku...terubuk bakar...agak hangit disitu..tapi sedap jugak

Antara pilihan lauk pauk

Gendang gendung tali kecapi...kenyang perut, senang hati...

Isnin, 31 Julai 2017

Cuti Cuti Perak...berendam bestnya

Sabtu lepas aku bercuti...ke Sauk, kampung rakan karib.  Sauk pernah melakar sejarah hitam di mana tertangkapnya kumpulan militan Al Maunah pada 2 Julai 2000.  2 anggota keselamatan dan seorang ahli Al Maunah terkorban dalam peristiwa tersebut.  

Jadi sabtu lepas saya berpeluang ke Sauk.  Sauk memang satu daerah yang penuh dengan kehijauan di kelilingi bukit menghijau.  Tanaman utama di Sauk adalah pokok getah dan terdapat juga sawah padi.

Disebabkan cuaca yang panas, aku nak mandi sungai.  Rakan aku bawa kami ke Sungai Sauk atau di panggil lata iaitu sungai yang berbatu batu.  Memang best...dengan air yang sejuk dan jernih dikelilingi hutan menghijau.  Banyak jugak aku nampak pokok pokok durian disekelilingnya.





Esoknya ke Zoo Taiping pulak.  Di Zoo Taiping aku rasa punya view yang sangat menarik, sejuk mata memandang cuma tak banyak sangat haiwan haiwan di dalamnya.  Jom layan gambar gambar haiwan yang sempat di ambil.

Pemandangan di dalam Zoo Taiping.  Cantik dan sejuk mata memandang.




Di bawah adalah sebahagian haiwan haiwan yang terdapat di dalam Zoo Taiping.

Orang Utan yang comel



Gajah Gajah yang lemah lembut je pergerakannya


Seladang yang gagah perkasa.  Seladang yang sekor ni tengah makan.  Terdapat 2 ekor lagi seladang di luar kandang ni.  


Si Bangau Merah


Angsa hitam @ Black Swan yang gemalai


Satu keluarga badak air @ hyppo.  Yang tengah tu si anak sedang tidur.


Si badak sumbu @ rhino.  Memang besar dan mantap saiz badak ni.  


Si burung Kasawari 


Tapir.  Sampai ke sudah tak mau keluar kolam.  Panas katanya...berendam lagi best

Selesai bertawaf mengelilingi Zoo Taiping, perut berkeroncong dan dah ada dalam kepala mana nak makan.  Jom ke Mee Udang Mak Jah yang viral tu.  Selama ni asik kecur je air liur tengok gambar mee udang dalam blog blog.  Jadi aku merealisasikan impian kerana kebetulan dah ada kat Taiping.  

Akhirnya sampai jugak aku ke Mee Udang Mak Jah.



Ada 2 pilihan samada nak yang biasa atau special.  Gambar bawah pilihan special.  Bezanya udangnya lebih besar dari yang biasa.



Yang bawah pulak pilihan biasa.  Ni aku punya...yang kecik je sudah...perangai aku pelik..aku makan udang, tapi aku tak suka udang yang tak dimasak sepenuhnya.  Aku tau kalau mee mee udang ni cara masakannya mesti dimasak half cook gitu.  Aku makan pun tak habis...pada pendapat aku, mee udang mak jah ni rasa biasa biasa je.  Tak la sedap sangat, cuma bagi yang mengemari udang, boleh la enjoy makan kat sini.    Tapi yang penting aku dah datang ke Mee Udang Mak Jah yang popular ni.



Ke zoo sudah, mee udang Mak jah pun sudah, jom ke Istana Kenangan Bukit Chandan di Kuala Kangsar. Istana yang dibina pada tahun 1926 ini sangat unik pembinaan kerana di bina tanpa menggunakan sebatang paku pun.  



Itu lah cerita percutian aku sabtu lepas.  

Isnin, 24 Julai 2017

Majlis Jamuan Raya di penghujung syawal...

Baru la nak terhegeh hegeh bercerita pasal sambutan syawal....orang lain dah move on pun....

Semalam 24/7/17 di pejabat aku mengadakan majlis sambutan syawal.  Bukan lah majlis secara besar besaran pun, cuma sambutan sederhana secara pot luck setiap department.  Tujuan bagi mengeratkan silaturahim sesama pekerja dan juga bagi meraikan pekerja yang bukan beragama islam untuk sama sama merasa juadah hari raya.  Tak kira lah jamuan secara besaran atau tidak, yang penting sama sama meriah berebut makanan...hahaha...

Di bawah adalah juadah juadah yang mengambil bahagian ....

Nasi beriani...yang ni tak makan sebab dah kenyang

Sate dan pizza hut (pizza sumbangan dari bos saya yang baikhati)

Kuih muih dan biskut raya (ni pun saya tak jamah sebab dah kenyang)

Laksa Johor, rendang & ketupat daun palas (laksa tu memang win)

Air sirap laici bersoda (yang paling sedap pernah saya rasa) dan buah buahan

Bihun goreng, roti jala berkuah kari, nasi impit & kuah kacang
 

Kesimpulannya, jika jamuan macam ni, hanya satu dua je yang dapat dimakan...aku enjoy betul dengan laksa johor dan sate...dan aku sentiasa ingatkan diri sendiri agar ambil makan sekadar mampu dimakan dan jangan bersifat tamak dan akhirnya makanan tak habis dimakan...siapa pulak nak makan kalau dah jadi sisa..ye tak...

Diakhiri gambar tuan blog ceria berlatar belakang props raya dan berbaju kebaya yang cuma dipakai setahun sekali

p/s...baju yang dah berusia 5 tahun...dikitar semula...agak old skol disitu..berlawan dengan tetamu yang hadir berbaju kurung trend sekarang yang bercorak seperti rakan sebelah...