Khamis, 5 Disember 2019

Kisah si anak kucing yang bersuara nyaring....

Salam...lamanya tak bersiaran dek kerana terlampau sibuk dengan kerja yang mengejar deadline...apa nak buat...kerja kena letak No. 1 sebab tu tunjang untuk segalanya...hehehehe...

Sebenarnya aku nak cerita perihal bercuti ke Perth ujung November aritu...tapi biar aku cerita pasal si anak kucing cinonet yang bersuara nyaring ni dulu ye...

Balik je dari bercuti ke Perth, esok hari tu aku pergi makan di Bandar Baru Selayang...macam biasa lepas habis makan, lepak jap kat rumah rakan karib aku ni...masa nak balik tu...dari dalam kereta lagi aku dah dengar suara nyaring mengeow si anak kucing...aku nampak sorang budak dalam umur 6 tahun dengan kakaknya duk pegang kucing ni...aku undur kereta balik...tanya budak ni nak bawak kemana anak kucing ni...nak letak ke tempatnya balik, kata budak ni...takde ibunya katanya...rasanya budak ni mungkin nak tolong, tapi tak reti ...alahai..kecik sangat lagi...aku tanpa berfikir panjang terus ambil dari tangan budak tu...

Maka bermula la episod menjaga seekor kucing kecil yang kehilangan ibu...kena suapkan susu..aku belikan susu kambing..dan terpaksa bawak ofis tau...hahahaha...sebab kalau biarkan kat rumah, takde siapa pulak nak bagi susu...kebetulan di ofis memang tingkat yang paling atas dan ada ruang rooftop untuk tempat lepak dan jamuan segala..disitu le aku letak si Auchie...dalam 3 jam sekali aku akan ke rooftop untuk bagi susu...gitu la dalam seminggu berturut aku bawa ke ofis sehingga la si kitten dah boleh makan sendiri...aku namakan si kitten dengan nama Auchie...sebab jumpa sebaik sahaja aku bercuti dari Australia...gitcheww...kat rumah bernanah gak la telinga dengar si Auchie ni mengeow...suara nyaring tak padan badan kecik...

Sekarang dah pandai makan sendiri dan aku tak bawak lagi ke ofis...

Si Auchie masa memula dibawak kerumah...kecik sangat kan...


Di Rooftop ofis...


Masa bagi susu....


Sekarang dah nak masuk 3 minggu dah dalam jagaan aku.  dan aku dah bagi makan wetfood dalam tin tu..so far Alhamdulillah...moga Auchie terus membesar dengan sihat...

Rabu, 26 Jun 2019

RIP Hope

Ditakdirkan tak panjang nyawamu....
Maafkan mommy kerana tidak perasan  sakit yang kau tanggung....
Terimakasih kerana membahagiakan mommy selama ini...
Moga kita bertemu di syurga kelak....


HOPE (30/04/19 - 25/06/19)







Jumaat, 14 Jun 2019

Kutip kucing di tengah divider jalanraya

Dah lama nak cerita pasal ni...tapi asik bertangguh jer...tapi sebab nak melakarkan kenangan dalam blog...lets rajinkan diri (walau pun tahu blog ni tak siapa nak baca...kahkah)

Alkisahnya, peristiwa ni terjadi lebihkurang seminggu sebelum puasa...ingat lagi tarikhnya 30/04/19 yakni sehari sebelum cuti Hari Buruh...aku balik kerja seperti biasa memandu mengikut jalan biasa dan seperti biasa jem agak hazab....melewati lampu isyarat di Jalan Maharajela tu...trafik adalah bontot ke bontot :-)  (bumper to bumper)..aku berada di lane paling kanan..tengah jem tu, sambil memandu aku memandang ke divider jalan...(suka tengok pokok renek yang ditanam ditengah divider tu) eh..tetiba aku terpandang macam satu kain buruk dari jauh..makin hampir aku nampak mata...Ya Allah, anak kucing rupanya tengah duduk ketakutan di tengah tengah divider tu...aku tak berfikir panjang, terus bagi signal dan berhentikan kereta sekejap, dan kutip anak kucing yang tengah ketakutan tu masuk kereta (mujur masa ni trafic perlahan yang membolehkan aku berhenti sekejap..kalau aliran trafik laju, aku memang tak boleh buat apa apa, cuma mampu pandang je anak kucing tersebut :-( 

Masa kutip tu aku memang tak sempat nak tengok keadaan kucing tu..terus letakkan ditempat kaki sebelah tempat duduk penumpang dan teruskan pemanduan agar tidak mengganggu kereta di belakang.  Ada juga dengar dia mengeow sesekali, niat aku nak singgah Giant beli groceries pun terpaksa aku kansel dek kerana anak kucing ni.

Sampai rumah, terus masuk untuk ambil carrier.  Bila bukak pintu nak masukkan kitten dalam carrier, aku tak nampak pulak si kitten tu...ah sudah...mana ko pergi manja oiii.  Senyap sunyi.  Puaslah cari bawah seat, intai kat bawah dashboard sampai berpeluh peluh satu badan...check kat boot...check semua tempat yang kemungkinan kitten boleh menyusup...tapi hampa.  Aku pelik, tang celah mana pulak dia boleh keluar sebab aku tak de pulak bukak cermin atau pintu, pintu pun buka sekejap je masa dah sampai rumah.

Dalam kepala fikir, kemungkinan dia dah menyusup kat memana di bawah dashboard dan sampai kat enjin, dan terjatuh dari situ.  Tu je la yang aku boleh fikir.  Dalam hati, nak buat cemana, dah cuba selamatkan, tapi kalau ini yang terjadi...bermakna bukan rezeki aku untuk membela si meow.  Dalam hati frust jugak..bersusah payah aku berhentikan kereta di tengah jalan, sekali kucingnya hilang.

So, dalam lebihkurang pukul 10 pm, aku pun duduk kat luar nak amik angin malam la kekononnya..sekali macam terdengar sayup sayup macam suara anak kucing...bunyi mengeow tu sekali je...tapi ntah nape aku terdetik nak check sekali lagi dalam kereta...bila aku bukak je pintu kereta kat depan, ternampak la si kitten ni tertonggok je kat tempat kaki kerusi pemandu.  Terkejut jap aku...kat mana je ko menyorok tadi manje ....ko dah buat mummy berpeluh merecik satu badan tau...

Syukur sangat...sekurangnya apa yang aku fikir tentang kemungkinan dia jatuh tak terjadi...aku pun angkat budak kecik ni masuk rumah.  Belek mukanya..alahai..takut takut je mukanya ..sempat le snap gambar...




Pastu bila aku pusing je badannya...ternampak la macam gini kat ekornya....



Mengucap aku...kemungkinan ekornya dilanggar tayar kereta atau motor semasa nak melintas tu.  Patut la masa aku kutip dia tu, dia duduk ketakutan je.  Siannya ko si kecik...nasib la aku ternampak ko...esoknya kebetulan cuti hari buruh..terus bawak pergi vet...hmmm...vet cuma letak ubat iodin...aku tanya vet samada ekornya boleh berfungsi atau tidak...vet pun tak pasti sebab baru lagi...suruh datang semua selepas seminggu...tapi aku tak pergipun...walaupun aku beli jugak ubat spray iodin tu...tapi aku lagi senang tabur bedak antiseptic kat ekornya...alhamdulillah...ekornya sedang beransur pulih..bulu diekorpun dah tumbuh separuh...

Gambar kat bawah ni ialah divider yang ada pasu pasu tu kan...kat tepi macam pasu batu batu tu la si kitten ni duduk dalam ketakutan..nasib masa aku kutip, dia tak lari kemana...rasanya dia tengah menahan sakit sebab kulit ekornya tertanggal la kut...dan aku namakan si kitten "HOPE"


Selepas seminggu lebih di rumah...Hope semakin riang ria....baru ternampak cahaya dimatanya...


Dah pandai bergusti ☺


Dan keadaan ekornya sekarang...Alhamdulillah...masih dalam proses penyembuhan lagi...tapi banyak bezanya berbanding dulu...yang macam putih putih tu sebab aku tabur dengan bedak antiseptic...


Gitu lah ceritanya...

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hariraya Maaf Zahir Batin pada yang terjumpa atau terbaca blog ku yang tidak seberapa ni  ☺



Ahad, 10 Mac 2019

Bye Veri, you will never be forgotten (3/2/13 - 10/3/19)

Hilang sudah kesayanganku yang suka bermanja di riba,
Hilang sudah si dia yang datang bila di panggil,
Hilang sudah buah hatiku yang seleranya sentiasa terbuka...

Setelah hampir seminggu menderita sakit (vet beritahu, paru parunya telah dijangkiti kuman),  semalam (10/3/19 lebihkurang 10.45 pagi), Veri pergi meninggalkan aku buat selamanya.

Pedih hati melihat kesayangan disaat akhir ajalnya....

Veri adalah antara 2 ekor kucing aku yang lahir dirumah (yang lain lain dikutip).  

Agak dominan, tapi amatlah manja berbanding kucing kucing yang lain.  Pernah hilang selama 17 hari tapi akhirnya dia pulang semula ke rumah.

Selamat tinggal sayang...terima kasih kerana kasihsayang dan menceriakan hidup mummy selama ini...maafkan andai ada terdapat kekurangan mummy selama bersamamu...


Gambar Veri semasa masih kitten


Masih kanak kanak ribena...

Gemar menemani aku didapur ...



Tengok le tu...gemar beriba sampai terlena,,kadang sampai naik lenguh dibuatnya...itulah sifat manja Veri yang takde pada kucing kucing aku yang lain...









Gambar di bawah ni masa Veri dah menunjukkan tanda tanda kesihatannya merosot...suka termenung dan tidur disudut rumah...




Moga Veri tenang disana (3/2/13 -10/3/19)



Ahad, 24 Februari 2019

SOOKIE'S STORE di Kuantan, kepunyaan blogger pencinta haiwan

Salam Sejahtera semua,


Dah lama nak cerita pasal Sookie's Store ni...tapi asik lupa je hingga la semalam aku kembali membaca entri di blog Iz Yahya ni (owner Sookie's Store)...puncanya sebab aku google info mengenai kucing, keluar jugak info tu di blog Iz, FYI, aku memang peminat setia blog si Iz ni...walaupun sekarang beliau jarang up date, tapi bila bosan, aku akan kembali ke blognya sebab terhibur baca kisah kucing kucing beliau.

Yang boleh aku katakan, Iz ni memang pencinta haiwan yang tegar, tidak berkira wang ringgit jika mengenai kucing kucingnya.  Dan kucing kucing peliharaannya setahu aku, cuma seekor je yang dibeli, iaitu seekor kucing bengal yang diberi nama Hachico, yang lain lain semua adalah kucing kucing jalanan yang diselamatkan.  Aku hafal semua nama nama kucing beliau dek kerana minat sangat baca blog beliau...hahaha...kira dah macam selebriti kucing kucingnya pada aku.

Semasa aku tahu beliau dah buka petshop di Kuantan, aku tak lepaskan peluang mengunjungi kedainya masa ke Kuantan (kebetulan aku memang selalu ke Kuantan mengunjungi kakak aku)...aku jugak berpeluang berjumpa dengan Iz sendiri...semestinya beliau seorang yang peramah.  Aku kagum dengan susunatur yang kemas di kedainya, dan yang paling istimewa, belaiu juga menempatkan kucing kucing peliharaannya di dalam kandang atau di dalam kurungan cermin, jadi pelanggan yang datang (semestinya pencinta kucing) dapat melihat kecomelan dan kegebuan kucing kucing beliau (fyi, semua kucing kucing yang dibela oleh Iz dikedainya adalah kucing kucing jalanan yang diselamatkan).  Aku rasa kandang cermin tersebut memang direka khas.  

Rasanya inilah petshop yang paling kemas, bersih, yang pernah aku kunjungi.  Kadang kadang Iz melepaskan sekor dua kucingnya untuk melayan pelanggan.  hahahaha   Masa aku datang dulu, aku dilayan oleh cik Bella Belon...gebu gebas jer...Aku memang bangga jika ada anak melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan ni.. dan  keupayaan Iz memang tidak disangkal dan aku doakan moga beliau terus berjaya dan moga terus sukses dan dimurahkan rezeki.  Jadi sesiapa yang ke Kuantan tu, sila la singgah ke Sookie's Store...

Dan ditingkat atas premis beliau, ditempatkan pulak pusat penjagaan kucing yang lengkap dengan kemudahan penghawa dingin dan ventilator...disinilah Iz menempatkan kucing kucing yang banyak dibuang oleh orang yang tidak bertanggungjawab dihadapan premisnya.  Mulia hatinya.  Agaknya mungkin sebab itulah Allah murahkan rezeki beliau.  (Anda boleh rujuk di blog beliau disini ........

Di bawah aku sempat bergambar dengan selebriti meow di Sookie's Store...tengok la badannya...gebu, montel..padahal dulu hanya lah seekor kucing jalanan....tapi dalam gambar ni bukan cik Bella Belon...yang ni dah lupa namanya..



Dibawah adalah gambar gambar didalam Sookie's Store.  (Gambar gambar adalah milik Iz Yahya sendiri yang saya ambil di blog beliau ).  Kemas dan teratur ...sangat senang nak cari barang barang yang dihajati...ada bermacam pilihan makanan kucing, pasir kucing, cat carrier..vitamin dan segala yang berkaitan dengan penjagaan kucing memang terdapat di Sookie's Store...ada kemungkinan anda akan overbudget kalau dah masuk Sookie's Store...hehehe




Kat bawah ni pulak bahagian untuk aksesori kucing...banyak pilihan...boleh buat poket rabak kalau masuk sini..hahaha...tapi ada je diskaun yang Iz bagi untuk pelanggan pelanggannya...boleh rujuk di Sookie's Store FB beliau....yang pasti harga memang berpatutan...



Begitulah cerita mengenai Sookie's Store kepunyaan seorang anak melayu pencinta haiwan juga penulis blog satu masa dulu...aku juga menyimpan cita cita untuk memiliki sebuah petshop atau pusat jagaan kucing (cat boarding)...tunggu masa yang sesuai je...doakan ye....

Rabu, 13 Februari 2019

De Rhu, Cherating

Sempena cuti hari wilayah baru baru ni, aku bercuti ke Cherating bersama family.  Kali ni aku menginap di De Rhu, Cherating.  De Rhu Beach Resort dikelolakan oleh Lembaga Kemajuan Pelancongan Pahang.  Best jugak tempat ni...pantainya privasi dan jika tidak mahu makan di resort, ada banyak pilihan menjamu selera di luar.  Tapi yang pasti, penginapan di resort ni sertakan dengan sarapan pagi.  Boleh tahan pilihan makan sarapan selama 2 hari tu...antara menu adalah nasi lemak, nasi minyak, bubur nasi, mee sup, breakfast ala western...eh..macam macam la...tapi aku makan biasalah..suka nau makan berulam air, belum apa apa dah kenyang...oh ye, teh tarik di De Rhu paling win...3 cawan sekali hadap..hahaha

Untuk dinner pulak masa kat sana, dua malam berturut turut aku makan kat satu tempat ...bersebelahan je dengan resort ni dan berhampiran pantai.  Nama tempat tu Mint KTN, specialist in western...best lepak kat sini. Sesiapa yang bercadang menginap di De Rhu, aku rekomen tempat ni...

View resort dari kolam renang




(Image from Google)


(Google Image)

Dewan makan De Rhu...

(Google Image)

Kat bawah pulak gambar kat pantai...walau bukan pasir nan memutih, tapi pantai bersih kalau dibandingkan dengan pantai di Bali yang popular tu...serius, pantai disana agak tidak terjaga kebersihannya..aku tak tau le kenapa pantai di Bali sangat terkenal di kalangan pelancong, padahal pantai kita tak kurang hebatnya.  


Di bawah adalah view yang sempat aku abadikan...







Di saat mentari terbenam...


Begitu la aku menghabiskan cuti hari wilayah bersambung dengan cuti CNY...sesekali menghirup udara laut yang segar memang sangat membahagiakan.


Ahad, 13 Januari 2019

Entry baru 2019

Lama tak update blog...malas sebenarnya tapi rajin blogwalking blog orang...sebab aku suka membaca....tapi nak update blog sendiri takde kerajinan dan tak tau nak update apa...ada benda yang aku rasa tak boleh share di blog....dan yang di share di blog pulak selalu benar bertangguh

Tak banyak yang happening jadi sepanjang 2018, hadap benda yang sama..Alhamdulillah, mc tahunan aku cuma 3 hari je sepanjang tahun 2018...satu kali bulan Mac, dan 2 kali masa bulan december disebabkan aku kena demam...tu pun sebab aku alegik dengan ubat demam...nak mengelakkan mata bengkak (alegik), aku terpaksa menolak dari makan ubat (ye, aku alegik dengan ubat parecetemol dan panadol yang berwarna).  Jadi memang ambil masa seminggu jugak la deman naik baik.  Tu pun rawat sendiri, aku gagahkan balut tuala dengan ais dan tuam di kepala dan didahi...memang ada pengurangan.  Alhamdulillah, lebihkurang seminggu aku dah ok sepenuhnya.  Yang sebenarnya, memang aku selalu ke satu klinik ni yang memang tahu ubat apa untuk orang alegik macam aku ni...tapi masa aku demam tu, kemungkinan pagi tuaku keluar awal, klinik tu tak bukak lagi, jadi aku ke klinik lain yang berdekatan.  Masa jumpa doktor, aku tak cakap pun aku alegik..nahhh...merasa la bengkak bengkil kat mata dan aku terus stop makan ubat.

Cerita melancong pulak...tahun 2018 ni aku cuma ke Bali je.  My budget very thigh.  Harap 2019 kewangan bertambah baik sebab akan selesai 2 hutang bank (lega).

Cerita anak anak bulus pulak...si PP yang aku kutip di pejabat pos tu dah besar.  Bertambah nakal, tangan dan kaki aku calar balar disebabkan PP.  Agaknya dia ingat kaki aku scratch pole dia kut.  Kalau dulu makanan tin (wetfood), aku bagi sehari 2 kali, tapi aku cuba hadkan sehari sekali je iaitu waktu pagi, tapi kibles memang sentiada ada kat bekas makanan diorang.  Dulu kucing ada 4 ekor, boleh la bagi wetfood sehari 2 kali, tapi dah bertambah ni, terpaksa kurangkan jugak.  Moga ada rezeki lebih untuk aku di tahun 2019 ni, boleh belanja kucing kucing makanan yang best best (termasuk kucing kucing luar rumah yang aku selalu kasi makan)

Akhir sekali belanja gambar anak anak bulus..

PP dengan papa Veri....