Selasa, 18 Februari 2020

Cuti Cuti Malaysia - Tanjung Inn, Cherating

Kepala masih fresh lagi dengan memori percutian, jom la update cepat....

15/2/20 jam 9.30 am, aku dan 3 rakan bergerak dari Kuala Lumpur ke Cherating, book chalet ni lebihkurang 2 minggu awal, kami saja nak cari kelainan untuk merasa bercuti ala ala kampung dengan dikelilingi suara unggas dan burung...jom kita tengok kelainannya...

Singgah brunch kat R&R Temerloh...perut keroncong perlu diisi...then gerak semula.. menuju Kuantan dulu sebab kakak aku yang tinggal di sana suruh singgah makan laksa...yummmm

Sampai Kuantan dalam pukul 1.30 macam tu...wahh...kakak aku dah siap sedia dengan laksanya...aku makan 2 pinggan, kenkawan yang lain masing masing bertambah..puas hati aku tengok diorang enjoy makan laksa.

Kakak aku tersenyum gembira melihat kenkawan aku enjoy makan...


Aku yang agak hyper disitu 😁


Dah selesaikan apa yang patut dan kenyang...jom kita gerak.  Dari rumah kakak, aku on waze...kita follow waze je sebab semua pun tak tau jalan kesana.

Sampai Cherating In lebihkurang pukul 4 pm...Cherating ni agak jauh dan hampir dengan sempadan Kemaman...sampai je disana, aku macam...wahhh...just like what i wanted and i imagined...cantik lanskap disitu...terasa redup dengan kehijauan sekeliling...

Disebabkan aku kurang mengambil gambar chalet, jadi aku kongsi gambar chalet yang dipinjam dari blog yang pernah aku baca...

(Ini antara chalet yang berdekatan tasik, cantik bukan? Kredit to perjalanankuberkelana.blogspot.com)



Ini juga salah satu bentuk chaletnya...aku duduk di antara chalet yang jenis begini...kredit to fairusmujab.blogspot )

Tasik yang terdapat di situ adalah tasik buatan...selama aku lepak kat balkoni tu, takde sekor nyamukpun yang datang...dan tiada bau bauan yang tidak menyenangkan dari tasik tersebut kerana terdapat aliran seperti air terjun dibina. Menurut pengurus di situ, terdapat seekor biawak penghuni tasik ni...Harry nama diberi..hahaha...tapi tak nampak pulak bayangnya masa aku lepak kat balkoni...mungkin memang dibela untuk proses ecosystem...dalam tasik ini jugak terdapat banyak ikan...yang menariknya adalah di waktu pagi...bunga teratai berkembang mekar...memang cantik pemandangannya dengan siulan burung dan unggas...memang tenang dan mendamaikan suasana pagi disini...



Lepas selesai check-in, kami bergerak menuju ke pantai.  Kami booked chalet family room untuk 4 orang dengan harga RM273 semalam di Agoda...rupanya kalau booking melalui website tanjung inn ni sendiri agak murah...RM265 je semalam.  Jadi sesiapa yang berminat menginap di sini, sila layari webpage tanjunginn.com sendiri.  Boleh lihat review dan kemudahan yang disediakan di setiap chalet.  

Bergambar di luar chalet ....



Balkoninya mengadap tasik yang mendamaikan jiwa.  Dari balkoni tu, aku boleh nampak tupai dan monyet berkejaran...satu pemandangan yang jarang aku nikmati...


Beginilah lebihkurang keadaan didalamnya...


Untuk mereka yang berjiwa lebih lasak juga disediakan penginapan jenis 'tent'.  Tent yang mengeliling tasik buatan.    Aku sempat berposing kat situ ....




Ada pulak laluan jambatan yang dibina di kawasan 'tent'...marilah kita posing beramai..



Sebelum terlupa, penginapan disertakan sarapan pagi yang simple macam roti bakar, telur hancur, sosej, bake beans.  Yang penting kopinya sedap...sampai 3 cawan aku minum pagi tu...masa breakfast ni baru nampak ramai pengunjung mat saleh disini...


Di bawah antara gambar gambar yang diabadikan di blog ini...


Tak sangka kuat jugak aku mengangkat si tembun tu...😆



Port femes untuk amik bergambar...kena tunggu giliran 😅


Us...ni semua kawan kawan rapat aku ..memang berkawan dah lama...dari zaman sengkek hingga la hidup dah agak senang memasing...



Ni masa nak balik...rasa tak puas tinggal satu malam kat sini...kami plan nak datang semula dan cadang nak book Grand Villa pulak...ada swimming pool dibalkoninya...


Harap lepas ni ada masa lagi untuk bercuti ...

Sekian....terima kasih kerana sudi membaca 😃

4 ulasan:

  1. Salam Ramadhan HG.... Hyperlah baru nampak seronok hihi...
    Tapi mmg cantiklah tempatnya HG. Posing best tu hahaha....
    Makan sata tak dah alang alang dah sempadan Kemaman tu

    BalasPadam
  2. Salam Ramadan Hainom...aritu dah plan baik punya nak bercuti ketempat yang sama pertengahan Awal April..sekali PKP dahhh...hehehe....memang kami sempat singgah Kemaman makan sata...tapi saya makan seketul je...kurang gemar...tp kawan yang lain sampai beli berbungkus bawak balik KL...

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. hantar pet boarding...bermodal la jugak kalau nak bercuti 😀

      Padam