Rabu, 24 Mei 2017

Ke Paris dulu...

Sambung dari cerita sebelum ni...

Aku sampai London hari Khamis petang, hari Jumaat ronda ronda sekitar Cambridge dan hari Sabtu terus ke Paris selama 2 malam...naik Eurostar terus ke Paris..perjalanan memakan masa selama 2 jam 10 minit macam tu...harga tiket dalam lebihkurang RM500 pergi/balik.

Sampai je di Paris, kami terus ke hotel.  Aku menginap di Ibis Hotel ...lepas rehat sekejap, terus keluar ke destinasi popular.  Kemana lagi kalau tak ke Eiffel Tower dan Marble Arch.  Aku sampai agak lewat..jadi dapat la tengok Eiffel Tower bertukar warna.  Memang cantik kalau pergi waktu malam.  Tapi yang tak tahan adalah sejuk yang sangat mencengkam walaupun waktu tu adalah musim bunga.  Hari ke dua, aku ke tempat iconic Paris iaitu ke Notre Dame dan Mont Marte.  Semua tempat aku pergi tu menggunakan pengangkutan bawah tanah.  Kena pandai tengok peta arah mana dan stesyen mana yang hendak dituju sebab stesyen keretapi bawah tanah mereka bersimpang siur.

Eiffel Tower di waktu malam...waktu ni dalam pukul 9 malam..tapi masih terang lagi..




Gambar di bawah semasa Eiffel Tower berkelip dalam masa 10 minit...




Jom kita ke Notre Dame pulak...Notre Dame adalah tempat ikonik terkenal di Paris.  Gereja yang mempunyai 2 menara berketinggian 69 meter dengan senibina berunsur gothik ini paling ramai menerima kunjungan setiap tahun.  Aku memang bercadang untuk masuk ke dalam untuk melihat senibina dari dalam, tapi bila lihat barisan beratur yang panjang...terus kansel...aku memang malas kalau nak tunggu lama ni...






Jom ke Mont Marte melawat satu lagi ikonik terkenal iaitu gereja Basilica Sacre-Coeur.  Terletak di atas bukit Mont martre setinggi 130 meter.  Sempat juga aku menjengah ke dalam gereja untuk melihat senibinanya yang terdapat didalamnya...






Pemandangan dari atas bukit Mont Marte


 Aku dan haiwan memang berpisah tiada...pencinta haiwan la katakan...






Last but not least...style posing trend sekarang..hahaha

Berakhir 2 malam aku di Kota Paris...kemudian aku balik ke London...next entry pulak cerita London ye...

2 ulasan:

  1. baru tahu rupanya kat Paris pun ada Marble Arch .. ingatkan kat London jer ada. Sama tak rupanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala..lupa lak nak masukkan gambar marble arch paris...rasanya senibina yang kat Paris agak ringkas berbanding dengan London.

      Padam