Isnin, 7 Ogos 2017

Rajin ke nak layan....

Tajukkkk...sesuatu sangat kan...sebenarnya lebih kepada rajin ke nak layan selera...hehe

Aku suka makan.  Tapi aku tak rajin nak bawak kereta jauh jauh cari makan.  Makan yang dekat dekat rumah, asal kenyang sudah.  Gitu aku melayan malas...

Sabtu lepas, sahabat aku ajak layan selera makan lauk kampung berdekatan rumahnya.  Memang sedap makan dekat sini, ada ikan bakar, ulam ulaman (ni yg best) dan lauk lauk kampung yang lain.  

Ikan bakar yang disiram dengan air asam, perghhhh....dijodohkan pulak dengan ulam daun selom..memang mavelos, aku makan sampai 2 pinggan...punya la sedap...



Ulam-Ulaman

Pilihan aku...terubuk bakar...agak hangit disitu..tapi sedap jugak

Antara pilihan lauk pauk

Gendang gendung tali kecapi...kenyang perut, senang hati...

2 ulasan:

  1. Sama dgn my laki HG...dia tak suka melayan selera sampai jauh jauh kena pergi. Yg dekat dekat sudah janji kenyang gitu. Bini pulak terpaksalah ikut jer

    Bestkan kalau makan tgh hari kat kedai yg banyak pilihan lauk macam tu... mesti bingungkan! Semua nak rasa.
    Lama tak makan ikan terubuk weyh!

    BalasPadam
  2. Hainom, memang best makan kat sini...lauk pauk kampung...lokasi di Medan Selara Bandar Baru Selayang..nama kedai "Kedai Kak Ita"...memang fofular di situ

    BalasPadam