Chenow Dah Menemui Penciptanya (8 June 2012 - 9 Oct 2015)
Mula mula aku menulis blog, entry pertama adalah mengenai kucing KKU aku yang bernama Chenow ni. Serious, aku memang sayang kat dia like he was a part of me. Mana taknya, bangun tido dan balik kerja yang perlu aku hadap adalah Chenow. Bangun pagi je, tukarkan paper alas cage, kasi makan minum, kalau perlu pakaikan pamper, balik kerja pulak tugas adalah pakaikan pampers dan membiarkan Chenow bebas di laman rumah. Biasa aku biarkan dia selama 3-4 jam baru aku ambil untuk mandikan dan letak semula di sangkarnya. Gitulah rutin hari hari. Chenow akan dihantar ke boarding jika perlu sahaja macam kalau aku outstation atau sebagainya. Tapi seingat aku sepanjang hayatnya, hanya 3x je dia aku hantar ke boarding.
Chenow ni walaupun lumpuh tapi sangat la dominan. Takde kucing jantan yang berani kat dia ye. Dia akan mengejar mana mana kucing jantan yg cuba menceroboh dlm kawasan rumah aku. Bukan kejar je ye, mana
mana kucing jantan yang tak sempat lepas pagar, alamak kena belasah, maka aku la yang kelam kabut keluar dengan botol spray untuk meleraikan kucing kucing ni. Tapi aku rasa Chenow puas dan hepi kut. Yelah setelah hampir seharian kat dalam cage adalah jugak aktiviti dia kan.
Chenow juga agak tough dan cepat baik walaupun sakit. Ada jugak masa dia demam dan monyok, tapi dia akan baik selapas beberapa hari. Bukan aku tak mau bawa pergi vet, tapi aku takut nak kasi dia ubat. Sebabnya aku pernah digigit Chenow. Kisahnya begini. Kejadian hari sabtu malam. Malam tu lepas amik Chenow kat luar, aku nak tanggalkan pampers yang dipakai. Chenow ni aku akan letakkan dalam raga besar untuk aktiviti tukar dan pakai pamper. Aku tak perasan yang masa tu lalu sekor kucing jantan aku bernama Veri kat tepi dia. Agaknya dia nak belasah si Veri ni tapi dlm masa yang sama aku sedang pakaikan pamper, maka tangan aku menjadi mangsa. Sakitnya tuhan je yang tahu. Memang berbisa dan darah banyak menitis. Cepat cepat aku masukkan chenow dalam cage. Aku pulak malam tu tak gi klinik sbb klinik dah tutup. Untuk hilangkan sakit, aku pun makan pain killer. Memang sakit tak terasa tapiiiiii...
mata aku bengkak mcm kena penumbuk disebabkan alergik. Hari isnin baru aku ke klinik dan dapat mc 2 hari sbb doktor kesian kut tgok muka aku mcm alien.
Tapi 2 minggu sebelum Chenow pergi aku perasan dia hilang selera. Aku ingat dia dah bosan kut makan kibbles n wet food. Aku pun gigih beli ayam dan rebus. Mula mula mmg agak selera tapi pastu dah takmo makan. Seminggu sebelum pergi, dia berak darah, lepas tu aku terus bawak gi vet. Suhu badan drop banyak. Masa kat klnik, vet masukkan air kat badannya dan panaskan badannya dgn hotpad. Balik rumah aku buat hotpad supaya badan dia tak sejuk. Lepas gi vet, seminggu dia bertahan sebelum pergi buat selama lamanya disamping aku. Sedih tak boleh nak cakap. Takde lagi suara chenow yang menyambut aku balik kerja, xde lagi chenow yang akan ku tukarkan pampers setiap hari, dan takkan ada lagi Chenow yang akan menyusahkan aku.
Selepas Chenow pergi, aku balik kerja rasa sunyi. Terpandang sangkarnya yang kosong buat aku rasa pelik. Bangun pagi tiada lagi suara Chenow buat aku rasa pilu. Tak tahu nak kugambarkan perasaan
ketika itu. Moga Chenow bahagia di sana dan tunggu mummy di Syurga kelak bersama anak anak yang
lain. Insyaallah.
Di bawah adalah gambar Chenow yang mula kulihat masa diiklan di page KTAJ.
Chenow masa free roaming :-)
Chenow di dalam sangkar
Dan diakhiri dengan gambar Chenow di saat saat akhir beliau. Gigih aku buatkan hotpad setiap hari
agar suhu badannya panas.
Dan keadaan tangan aku yang kena gigit tu...
Rakan aku pernah bertanya, ada tak aku pukul Chenow selepas kena gigit. Of coz tidak, tak terpikir pun untuk pukul mana mana kucing aku yang buat perangai. Apa la yang haiwan haiwan ni tahu. Tapi mereka tetap punya perasaan untuk disayang dan menyayangi dan rasa sakit kalau dikasari.
Bye for now...
Sedihlah pulak baca entri Chenow ni HG huhu.... Yelah..... binatang pun tau kasih sayang yg tuan dia curahkan pada dia...
BalasPadamBaiknya awak ni HG kucing gigit pun tak jentik.....kalau mak mau kena penampau tu hihi....Boleh tahan teruk jugak luka tangan awak tu
Boleh tahan gak garangnya mak...hehehe...tapi saya rasa semua orang pun ada tindak balas pantas secara tak sengaja kalau tangan digigit...
PadamSinggah petang.....tak de entri ke
PadamSinggah petang.....tak de entri ke
PadamSinggah pagi hihi.....
PadamYuhuuuuu.... HG.....mana pergi awak ni? Senyap jer rumah....
Singgah pagi hihi.....
PadamYuhuuuuu.... HG.....mana pergi awak ni? Senyap jer rumah....
yuhuu hainom...senyap sbb bertafakur..hehehe...saya ni ada masalah sikit...banyak benda nak cerita..tapi bila letak je jemari kat keyboard..terus 'blank'...hehehe
Padamsedih lah plak bila Chenow dh tiada ni kan... mesti kehilangan tu terasa sangat...huhu.. bersabar lah...
BalasPadamTerima kasih. Memang redha pun sebab saya percaya apa yang kita miliki hanya pinjamanNya semata-mata...
Padam