Khamis, 9 Jun 2016

ChimChim si anak bungsu

Salam Ramadhan :-)


Lama tak jengok blog...now bila everything dah settle baru rasa lega....bukan la settle apa pun, cuma aritu touch up rumah sikit...bukan renovate ye..just touch up macam mengecat, pasang plaster ceiling, pasang vinyl floor.  Tapi itu lah....walaupun touch up je, sebab kat rumah dah banyak perabut, memang pening gak...itu pun banyak barang mcm kabinet dapur, tilam, sofa yang lama tu aku buang...buang pun kena gak sewa lori..buang main pakai buang gitu je...pastu ambik la kontraktor indon, harga yang diberi ok la jugak...agak berpatutan...dia buat kerja berdua...bila tanya bila boleh siap..wahh..seminggu je boleh katanya...tapi rupanya 3 minggu baru siap...tapi aku malas nak banyak bunyik...janji siap ..tapi tu la....pening selagi tak siap rumah berkencah.

Eh..aku dah jauh larik dari tajuk...hehehehe...nak cite pasal kucing..tercerita lak pasal rumah...maafkan hamba ye....ni kisah anak bulus baru yang paling bungsu buat masa ni...budak ni datang kerumah menangis nangis di suatu malam. Kalau tak silap hujan pada malam tu...alahai...kecik sangat lagi..dengan kurus dan mata hampir tertutup sebab sakit mata...aku rasa mungkin ada orang yang jumpa budak ni dan letak dalam pagar rumah aku...hmmm..takpelah...aku anggap budak ni rezeki...

Ni gambar ChimChim masa malam yang dia datang rumah tu...siankan..aku kurung dulu nak ajar dia berak dan kencing kat litter box.  Esoknya aku bawak ke Vet sebab budak ni selsema agak teruk. Tu sebab aku namakan ChimChim sempena bersin...hehehe




Di bawah gambar beliau ketika dibawa ke vet.  Diam je masa dalam keta.  Ni percubaan chimchim nak keluar sebab lama kut duk dalam cage.  Boring kut.


Aksi comel ChimChim lepas beransur sihat...




Kat bawah ni gambar latest ChimChim.  Saiz badannya agaknya kecil walaupun ChimChim dah hampir 8 bulan.  Memang sepatutnya aku mandulkan tapi aku asik bertangguh sebab aku tengok Chimchim ni macam tak matang lagi. Dengan kata lain...takde langsung tanda tanda miang or nak mengawan.  Kerjanya asik la bergumpal dengan sekor lagi kucing jantan dalam rumah ni.



Ni le bff nya...



Yang tak bestnya pasal si chimchim ni ialah dia suka berak merata tak tentu hala.  Adoiii...letih..dah ajarpun selalu lupa...kalau aku tak awasi, cepat je dia melepas kat pintu dapur...selalunya aku boleh agak bila dia nak berak dan aku letakkan dalam cage sampai dia berak baru aku lepaskan...gitu la selalunya...apa nak buat...dia selalu lupa :-(...bukan melayu je mudah lupa...kucing pun...hahaha







3 ulasan:

  1. Wah....rumah dah cantiklah ni ek....
    Mesti seronok balik kerjakan. Cubalah selpie sikit.

    Ohhh ni Chim Chim dulu......yelah comot ek. Kalau bukan pencinta kucing mcm awak HG, mmg malas jugak tu nak bela kalau gitu keadaannya. Nak ajar berak lagi kan....
    Tp comellah dia....bulu dia cantik!

    BalasPadam
  2. Wah....rumah dah cantiklah ni ek....
    Mesti seronok balik kerjakan. Cubalah selpie sikit.

    Ohhh ni Chim Chim dulu......yelah comot ek. Kalau bukan pencinta kucing mcm awak HG, mmg malas jugak tu nak bela kalau gitu keadaannya. Nak ajar berak lagi kan....
    Tp comellah dia....bulu dia cantik!

    BalasPadam
  3. ala hainom...touch sikit sikit je..macam tukar lantai..yg major tukar lantai dari terazo ke vinyl floor :-)

    BalasPadam