Isnin, 15 Ogos 2016

Pulanglah.....

Chim Chim si anak bulus bungsu dah hilang sejak jumaat lepas (12/08/16).  Biasanya kalau aku balik kerja, si chim memang dah sedia menanti dalam pagar di laman rumah.  Tapi hari tu, bila nak bukak gate, tak nampak pun chim dalam pagar macam biasa.  Hati dah tak sedap dah...aku biarkan gate terbuka dan terus drive cari chim keliling kawasan berdekatan.  Tak nampak bayang pun...malam tu, aku kuar dan cari cari kat longkang sambil panggil namanya.  Takde gak respon.  Esoknya hari Sabtu, masih mencari keliling kawasan perumahan...juga hampa.  Alahai..sedihnya hati tuhan je yang tahu.  

Rasa menyesal biarkan Chim diluar.  Tapi sebelum ni ok je sebab tau dia mmg tak kemana. Memang aku tutup pintu dan biarkan meow  6 ekor diluar dengan makanan dan minuman sebab aku tau kucing aku memang tidak kemana. 

Dulu dulu meow semua memang lepas bebas didalam rumah kalau aku bekerja, tapi disebabkan Chim berak merata dalam rumah, terpaksa aku biarkan mereka diluar masa kami kuar bekerja.  Memang ada je anak anak bulus aku menanti kalau aku balik kerja selama ni.  Sedihnya hati tak terkira.  Dia bukan jenis yang free roaming kat luar.  Hobinya bersantai didalam rumah.  Malamnya tido dalam bilik berekon.  Tapi aku positif yang Chim akan balik jua.  Balik la wahai Chim Chim.  Mommy rindu kat Chim :-(




Kawan opis aku kata Chim akan balik.  Baiklah...aku positif Chim akan balik.  Pulang ye Chim....

2 ulasan:

  1. Comeynya Chim Chim.... Mak suka kucing yg mcm tu lah HG......Semua putih pas tu sikit je coklat kat tempat tertentu... Ni baka apa ke namanya HG?
    Jantan ke betina tu HG?

    BalasPadam
  2. Baka siam kut...betina dan belum sempat dimandulkan...memang Chimchim ni comey...tu yang rasa ada orang dah curi...masa datang kat rumah dulu, sememeh dan selsema siap berkutu dan mata bertaik, xde saper lak yang nak amik...agaknya mmg gitu lumrah hidup...tapi sekurangnya klu ada yang amik tu..rasa lega la sikit :-)

    BalasPadam