Isnin, 26 September 2016

KETAGIHAN MELAMPAU DENGAN "PHOTOBOOK"

Olaaaa....

Saje nak cerita pasal hobi yang agak baru ni, walaupun photobook ni dah berzaman kut.  Tapi sejak rajin benor Groupon ada offer yang melampau di Photobook, maka aku gigih beli...setakat ni dah 3 album siap...lagi satu dalam proses penghantaran.

Di bawah album softcover bersaiz 6" x 6" yang aku beli di groupon dengan harga 0.00.  :)  Aku cuma bayar RM8.00 untuk kos penghantaran.  Album ni khas untuk gambar anak anak bulus je  :-)








 Gambar dibawah adalah photobook yang bersaiz 8"x8"...harga ?? hmmm...yang ni aku memang rugi.  Dengan softcover je dan 40 mukasurat dan kos penghantaran..duit aku terbang lebihkurang RM103.00.  Kenapa mahal?  Sebab aku tak beli melalui groupon.   Memang mahal ye kalau kita terus beli melalui photobook.com ni.  So aku nasihatkan, sesiapa yang nak buat photobook online, beli melalui groupon atau yang sejenis dengannya masa ada tawaran istimewa.  Memang murah giler.  Pilih je berbagai jenis pilihan cover album yang berkenan di hati mengikut budget poket memasing.



Latest projek yang aku dah siapkan adalah album softcover bersaiz 8"x11"..yang tu khas untuk photo keluarga dan sewaktu dengannya.  Pun beli di groupon dengan harga RM35.00 (40 mukasurat).  Sekarang dalam proses penghantaran.

Tapi nak buat photobook ni perlukan banyak kesabaran dalam memilih gambar dan layout yang terbaik.  Album bersaiz kecik ni pun makan seminggu gak untuk siap.

Ok..next projek aku adalah album 8"x11" hardcover pulak. 


Bye


2 ulasan:

  1. Hihi..... mak sampai sudah tak de seketul pun photobook ni HG.....Tulah viralnya dah lama. Tapi biasalah kilauan mmg selalu ketinggalan hahaha......

    Nak gi godek godek groupon gak lah lepas ni...Haiiii kalaulah anak bulus tau dia masuk photobook, mmg lompat bintanglahhhh hihi

    BalasPadam
  2. hahaha...nasib anak anak bulus tak tau kan..diam diam je sudah..hahaha...hainom, awak beli la satu..tengah offer dan murah sgt..tapi bila dan berjaya jadi buku jangan sampai ketagih macam saya..hehehe

    BalasPadam