Rabu, 22 Februari 2017

Sepatutnya aku dah bergelar jutawan....

Hahahaha...tajuk tak hengat..

Cerita yang hendak aku sampaikan memang ada kena mengenai dengan duit ribuan dan jutaan.  Aku rasa ramai di antara kita yang pernah mendapat email atau sms diantaranya kita diberitahu telah terpilih secara rawak dalam loteri hapa ntah...dan jumlah sekian sekian raban akan masuk dalam akaun..jadi silalah tinggalkan maklumat diri dan nombor telefon ...katanyaaaa

Yang sms pulak kononnya mereka dari syarikat minyak yang memang terkenal di Malaysia dan nombor kita telah terpilih dan bakal mendapat ribu raban jugak...jadi silalah berhubung dengan nombor yang tertera...katanyaaaa

Kalau diikutkan dengan banyaknya email dan sms yang aku terima, maka aku layak mendapat gelaran jutawan...hahaha...sakit hatikan bila dapat email dan sms dari mereka yang bangsat yang kerjanya hendak menipunya...tu belum lagi sms dari bank sekian sekian kata kena update akaun la...tapi walau dah diingatkan beribu kali oleh polis, masih ramai juga yang tertipu ...

Aku pernah jugak layan sms dan email ni...bukan layan sebab terpedaya, tapi sebab nak tau sejauh mana diorang ni nak menipu...aku saja call nombor yang diberi yang konon dari syarikat minyak tu...nombor kod di negara indon ok...memang macam cibai orang yang jawab telefon tu bila aku tanya lebih lebih...

Pastu aku layan email yang konon aku dapat bungkusan yang didalamnya mengandungi 100,000 pound British dan aku saje reply..hehehe..pastu diorang hantar gambar bungkusan yang tertera nama aku...tinggal nak pos je tapi aku kena bayar duit cukai pos jumlah sekian sekian...so, agaknya bila aku tak respond, diorang call ok...aku rasa ni semua keje mamat mamat gagak hitam...rasanya panggilan dari uk kut...first call, aku tengah bercuti...aku kata aku bz...after few days diorang call lagi...aku kata aku tengah meeting, suruh call lagi 2 3 jam...and they keep on calling several time...aku tak jawap...lantakkk...memang aku mainkan diorang...then baru aku reply email diorang dan cakap macam lebihkurang gini la (dah dialih bahasa).."kalau korang nak bagi aku hadiah, kenapa pulak aku kena bayar kos pos dan sebagainya...ko ingat aku bodoh ke...ko takde keje lain ke nak menipu..dan jangan ingat semua orang ko boleh bodohkan..ko ingat orang malaysia bodoh macam ko...tak leh nak fikir..."  macam tu la lebihkurang aku hantar kat diorang...hahahaha...puas hati...

Lepas tu nak tau apa.?  Lepas seminggu dua, aku dapat balik email yang lebihkurang sama menawarkan duit juta juta nak masuk dalam akaun aku dari seorang wanita yang kononnya sedang nazak ...hahahaha...aku reply jugak...aku kata ini nombor akaun aku...kalau nak bagi aku duit...masukkan je duit terus dalam akaun..tak perlu cerita panjang..hahahaha...






4 ulasan:

  1. Hihi ...barulah bertemu buku dengan ruas ye HG....Padan muka diaorang. Dia ingat kita kita ni senang nak diperbodohkan....
    Mcm mcm lah dunia sekarang ni kan

    BalasPadam
  2. selalunya orang yg tamak atau terdesak wpun cerdik mudah tertipu.

    BalasPadam