Khamis, 6 April 2017

Jalan jalan cari pasal ke Taiping...

Dah lama nak ke Taiping sebenarnya...last visit was a long time ago....so this time tak lah nak plan sangat pun...tetiba menjadi pulak plan...tapi overnite semalam je memandangkan anak anak bulus tak hantar boarding....so, semalam tu kira ok le..

Pergi la jugak ke Taman Tasik Taiping yang popular tu...memang cantik tempatnya...tapi sebab malas nak jalan merata...ambik gambar tempat yang senang parking je...betul la kata orang bandar Taiping ni kawasan tadahan hujan..memang sejuk je tempatnya...gambar kat bawah ni antara salah satu tempat di Taman Tasik Taiping...

With one of my bff's...berkawan dah lama lebih 10 tahun rasanya...moga persahabatan kami kekal selamanya...


Hepinya kau...



Masa kat sana sempat jugak melawat kilang pembuat air spritzer....ni antara tempat untuk bergambar...nasib 2 patung tu duk diam je...


Masa kat sana, aku bermalam di rumah kawan yang tinggal di Bukit Merah...dia tinggal di hotel apartment...masa sampai je kat sana, aku tengok kawasan tu sunyi sepi dan tak banyak kereta di parking...masa siang tu tak terasa sangat, bila malam baru perasan yang memang kawasan tu tak ramai orang tinggal...tapi aku suka je keadaan macam tu sebab dah muak dengan sibuknya KL yang padat dan banyak kenderaan...rasa tenang dan aman je....

Malamnya pulak, kami jalan jalan cari makan di kawasan sekitar Taiping, tapi sebab sibuk berebut makanan, maka lupa nak tangkap gambar lauk pauk..hahaha...cadangnya nak masuk Safari Night kat Taiping tu...tapi sebab sibuk berborak...sampai ke sudah tak pergi...so, lepak je kat karoake menguji suara yang dah berkarat tu...

Itu lah antara cerita weken ke Taiping...disebabkan pergi masa ujung cuti sekolah...merasa la azab jalan jem masa nak balik KL...aku kuar hari Ahad dalam pukul 3 pm dari Taiping, sampai KL lebihkurang 10.30 pm...berebut rebut kut orang nak balik KL sebab Isnin tu dah start sekolah...korang bayangkan berapa jam dalam kereta...selama ni dengar je cerita orang yang terperangkap dalam kesesakan berjam jam dalam kereta...tapi kali ni aku mengalaminya...kira pengalaman seumur hidup...so, next time no more cuti cuti during school holiday...




4 ulasan:

  1. Wahhhhh....from Taiping with lovelah ni ek hihi....
    So dah 10 tahun tu, harap harap tahun nilah ye. Kepingin nasi briyanilah hihi ....

    Apartment kat Bukit Merah tu mmg mcm tak de penghuni, pernah ronda jugak dulu masa gi water park dia dulu.

    BalasPadam
  2. kan..memang sunyi sepi...rasanya tempat mcm tu sesuai mencari ketenangan...cuma nak balik je berserabut dgn.kesesakan..haha

    BalasPadam
  3. lama juga tak ke tepen. menarik gak tempatnya

    BalasPadam