Jumaat, 13 Julai 2018

Open House Raya Ofisku

Tahun ni rumah terbuka hariraya untuk ofis aku disambut agak meriah.   Ada satu entry aku nak up date pasal percutian aku ke Bali sebelum tu...tapi memandangkan raya dah nak abis, marilah aku update dulu entry raya ni.  Jamuan hariraya diadakan semalam iaitu pada 12 July 2018.

Meriah la jugak dengan segala macam juadah raya.  Aku seperti biasa cepat kenyang...makan nasi tomato & sate..pastu dah tak boleh nak sumbat apa apa dah.  Yang pasti teh tarik memang minuman feveret.

Sila tumpukan perhatian pada gambar tuan tanah ye...hehehe...tuan tanah agak hepi di situ sebab tahun ni beli baju raya ;-)





Juadah yang meriah, lauk utama sudah pasti sate yang jadi kegemaran semua & nasi tomata...sila sila cuci mata ye....

Sate ayam & daging berserta rendang ayam untuk dimakan bersama lemang, ketupat daun palas dan nasi impit.

Kueh mueh...yang nampak di situ cucur badak, kueh koci, agar agar gula melaka dan kek buah.

Laksa & Mee Udang

Ayam masak merah (lauk nasi tomato)

Kerabu mangga

Jelatah timun & kuah dal (lauk nasi tomato)

Buah buahan & ketupat daun palas

Kuzi kambing

Rojak buah


Gitulah ceritanya.....

2 ulasan:

  1. Ha a .... mmg nampak hepi betul tuan tanah rupanya pakai baju Raya. Kenapa? Sebelum ni tak beli baju Raya ke HG?

    Tengoklah orangnya kecik molek, dah tentu tentu tank pun keciklah...

    BalasPadam
  2. Hainom, saya dah lama tak beli baju raya sbb baju kurung yang ada pun tak berpakai...tp ntah nape tahun ni terbeli baru...tu yg excited sgt kut..hehehe

    BalasPadam