Dah lama nak cerita pasal ni...tapi asik bertangguh jer...tapi sebab nak melakarkan kenangan dalam blog...lets rajinkan diri (walau pun tahu blog ni tak siapa nak baca...kahkah)
Alkisahnya, peristiwa ni terjadi lebihkurang seminggu sebelum puasa...ingat lagi tarikhnya 30/04/19 yakni sehari sebelum cuti Hari Buruh...aku balik kerja seperti biasa memandu mengikut jalan biasa dan seperti biasa jem agak hazab....melewati lampu isyarat di Jalan Maharajela tu...trafik adalah bontot ke bontot :-) (bumper to bumper)..aku berada di lane paling kanan..tengah jem tu, sambil memandu aku memandang ke divider jalan...(suka tengok pokok renek yang ditanam ditengah divider tu) eh..tetiba aku terpandang macam satu kain buruk dari jauh..makin hampir aku nampak mata...Ya Allah, anak kucing rupanya tengah duduk ketakutan di tengah tengah divider tu...aku tak berfikir panjang, terus bagi signal dan berhentikan kereta sekejap, dan kutip anak kucing yang tengah ketakutan tu masuk kereta (mujur masa ni trafic perlahan yang membolehkan aku berhenti sekejap..kalau aliran trafik laju, aku memang tak boleh buat apa apa, cuma mampu pandang je anak kucing tersebut :-(
Masa kutip tu aku memang tak sempat nak tengok keadaan kucing tu..terus letakkan ditempat kaki sebelah tempat duduk penumpang dan teruskan pemanduan agar tidak mengganggu kereta di belakang. Ada juga dengar dia mengeow sesekali, niat aku nak singgah Giant beli groceries pun terpaksa aku kansel dek kerana anak kucing ni.
Sampai rumah, terus masuk untuk ambil carrier. Bila bukak pintu nak masukkan kitten dalam carrier, aku tak nampak pulak si kitten tu...ah sudah...mana ko pergi manja oiii. Senyap sunyi. Puaslah cari bawah seat, intai kat bawah dashboard sampai berpeluh peluh satu badan...check kat boot...check semua tempat yang kemungkinan kitten boleh menyusup...tapi hampa. Aku pelik, tang celah mana pulak dia boleh keluar sebab aku tak de pulak bukak cermin atau pintu, pintu pun buka sekejap je masa dah sampai rumah.
Dalam kepala fikir, kemungkinan dia dah menyusup kat memana di bawah dashboard dan sampai kat enjin, dan terjatuh dari situ. Tu je la yang aku boleh fikir. Dalam hati, nak buat cemana, dah cuba selamatkan, tapi kalau ini yang terjadi...bermakna bukan rezeki aku untuk membela si meow. Dalam hati frust jugak..bersusah payah aku berhentikan kereta di tengah jalan, sekali kucingnya hilang.
So, dalam lebihkurang pukul 10 pm, aku pun duduk kat luar nak amik angin malam la kekononnya..sekali macam terdengar sayup sayup macam suara anak kucing...bunyi mengeow tu sekali je...tapi ntah nape aku terdetik nak check sekali lagi dalam kereta...bila aku bukak je pintu kereta kat depan, ternampak la si kitten ni tertonggok je kat tempat kaki kerusi pemandu. Terkejut jap aku...kat mana je ko menyorok tadi manje ....ko dah buat mummy berpeluh merecik satu badan tau...
Syukur sangat...sekurangnya apa yang aku fikir tentang kemungkinan dia jatuh tak terjadi...aku pun angkat budak kecik ni masuk rumah. Belek mukanya..alahai..takut takut je mukanya ..sempat le snap gambar...
Mengucap aku...kemungkinan ekornya dilanggar tayar kereta atau motor semasa nak melintas tu. Patut la masa aku kutip dia tu, dia duduk ketakutan je. Siannya ko si kecik...nasib la aku ternampak ko...esoknya kebetulan cuti hari buruh..terus bawak pergi vet...hmmm...vet cuma letak ubat iodin...aku tanya vet samada ekornya boleh berfungsi atau tidak...vet pun tak pasti sebab baru lagi...suruh datang semua selepas seminggu...tapi aku tak pergipun...walaupun aku beli jugak ubat spray iodin tu...tapi aku lagi senang tabur bedak antiseptic kat ekornya...alhamdulillah...ekornya sedang beransur pulih..bulu diekorpun dah tumbuh separuh...
Gambar kat bawah ni ialah divider yang ada pasu pasu tu kan...kat tepi macam pasu batu batu tu la si kitten ni duduk dalam ketakutan..nasib masa aku kutip, dia tak lari kemana...rasanya dia tengah menahan sakit sebab kulit ekornya tertanggal la kut...dan aku namakan si kitten "HOPE"
Selepas seminggu lebih di rumah...Hope semakin riang ria....baru ternampak cahaya dimatanya...
Dan keadaan ekornya sekarang...Alhamdulillah...masih dalam proses penyembuhan lagi...tapi banyak bezanya berbanding dulu...yang macam putih putih tu sebab aku tabur dengan bedak antiseptic...
Gitu lah ceritanya...
Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hariraya Maaf Zahir Batin pada yang terjumpa atau terbaca blog ku yang tidak seberapa ni ☺
Alhamdulillah bertuah dia berjumpa dengan catlover.
BalasPadamSelamat hari raya Aidil Fitri juga salam 21 Syawal ;-)
Selamat Hariraya juga untuk Mrs. A...terima kasih sudi baca blog saya yang sendu...
PadamSaya pun selalu singgah kat Blog Mrs. A...suka baca terutama kisah kucing...betul la kan...kalau dah bela kucing ni memang dah anggap macam anak sendiri...sanggup berhabis demi kucing
Padam