Selasa, 14 Januari 2020

Cuti Cuti Perth...Day 2

Aku sambung kisah cuti Perth...Day 2 pulak...

Selesai hari pertama, dalam pukul 7.30 pm tu balik ke apartment...masa tu kami balik naik Cat Bus..Cat Bus ni kira city bus yang free of charge...

Sampai apartment, wow...puas hati...apartment yang lengkap dengan alatan memasak...ada 2 bilik, ruang tamu dan balconi..lengkap dengan tuala mandi dan sebagainya...malam tu kami berempat masak masak barang yang dibawa dari Malaysia...ada antara kami yang bawa beras, produk brahim's dan adabi..sayur seperti timun kami beli kat supermarket je...sedap makan dengan cuaca sejuk sejuk tu...

Esok pagi seawal pukul 7.30 bas dah sedia menunggu di lobi...itenary hari tu ialah ke Caversham Zoo dan freemantle...

Perjalanan memakan masa lebihkurang satu jam..diberi masa lebihkurang 3 jam untuk ex;ore dan melihat pertunjukan.

Tak banyak sebenarnya haiwan di dalam tu...zoo ni lebih kepada memperkenalkan haiwan origin negara Australia seperti Kanggaroo, Koala dan wombat.  Ada juga haiwan seperti burung burung, ular, penguin yang terdapat disana.

Aku apalagi.. terus menuju ke tempat kanggaroo...disana disediakan satu bekas besar berisi makanan untuk kanggaroo dan pengunjung boleh mengambil sendiri makanan untuk kanggaroo disitu dengan percuma...ambil la seberapa banyak dan berilah pada kanggaroo yang bebas berkeliaran disitu dan sambil tu boleh bergambar bersama kanggaroo tersebut.

Kanggaroo memberi pose istimewa...




Bersama wombat...


Koala comel yang ramai peminatnya...kena beratur nak bergambar dengan si comel ni..



Sian aku tengok burung ni...takde siapa nak amik gambar dia...takpe..mummy amik gambar awak ye...sedih je muka awak...



Yang ni agak menonjol ...


Yang ni pulak suka teleng teleng kepalanya...comel..


Selesai Caversham, ke Freemantle pulak...kat situ kami lunch makan signature dish yang popular disana diantaranya fish and chip...aku order fish and chip dan portion memang besar...so aku share je...tak larat nak makan sepinggan...tapi gambar lupa nak amik sebab perut masa tu adalah sangat lapar....




Lepas makan makan dan shopping souviner disekitar Freemantle, kami dibawa ke tempat penjualan coklat yang popular di perth iaitu Whistlers ...sedap sedap coklatnya...aku beli la jugak dalam 3 bekas...pokok yang melilit kat bawah ni adalah pokok anggur...ye..tempat ni dikelilingi oleh ladang anggur..malangnya masa aku datang...buah anggur baru nak berputik..dapat le jugak tengok putik putik anggur hijau baru nak berputik...kalau masa buah anggur matang..mau aku kejakunan...



Day 3

Hari ke 3, itenary adalah ke Moore River dan Sand Dunes...perjalanan agak memakan masa...kami bawak bekal je dari rumah...tapi sebelum meneruskan perjalanan ke Moore River, singgah dulu di Western Australia Botanic Garden...antara taman yang terbesar di Austalia..sejuk dan berangin kuat pagi tu...pemandangan biasa biasa je pada aku...







Destinasi seterusnya ialah ke Blue Boat House...kami berjalan kaki je dari taman botani ni..sesiapa yang melancong ke Perth, ini adalah tempat wajib pergi...bergambar di Boat House ni kena beratur ye...ramai pelancong dah sedia menunggu...takde la istimewa mana pun...tapi mungkin viral di Instagram, maka acara posing adalah wajib..gittewww..angin terlampau kuat masa aku sampai ni...nasib topi tak tercampak dalam laut...



Sempat lagi aku amik gambar ni sementara menunggu giliran di Blue Boat House...



Dan seterusnya ke Moore River...Perjalanan mengambil masa selama hampir 2 jam dari Perth..Moore River ni pertembungan antara sungai dan lautan hindi...pemandangan memang superb...tapi hari tu cuaca sejuk melampau dengan angin yang kuat...terpaksa pakai topi..kalau tak rambut masuk mulut...

Di bawah ni Moore River...cantikkan...



Di hujung sana Lautan Hindi..masa kami datang, air surut..jadi terdapat benteng ditengah tengah tu..macam pembahagi di antara Sungai Moore dan Lautan Hindi...disebabkan angin yang kuat..aku tak pergi pun berjalan di hujung sana...menyesal !!!! Padahal bukan ada orang pun...nak mandi pun boleh...tapi mampu ke nak mandi dalam cuaca sejuk berangin tu...tapi rasanya masa summer..tempat ni mungkin menjadi pilihan terbaik bagi yang suka berendam di laut...



Terdapat banyak burung burung putih disekitar Sungai Moore ni...Seagull..sejenis burung yang memang terdapat banyak disini...

Takde maknanya burung burung ni nak datang kat kau sesaja gitu...kena umpan dengan makanan baru la diorang nak kerumun...



Destinasi seterusnya adalah ke Lancelin..Lancelin adalah tempat bagi mereka yang ingin meluncur di gurun pasir yang memutih yang dipanggil sand dunes...

Posing je lebih...naiknya idak...heeee



Tak tau apa yang sebenarnya terjadi pada gambar di bawah....hahaha



Berakhir la sudah acara jalan jalan di Perth..keesokan harinya adalah acara bebas..maksudnya sendiri kena naik bas ke bandar Perth..kami naik catbus jer...shopping shopping..seronok jugak sebab banyak tawaran menjelang krismas...barangan jenama quicksilver harus dibeli sebab murah disana...

Jumaat pagi seawal pukul 3.30 dah berkumpul di lobi...bas dah menunggu untuk membawa kami ke airport untuk penerbangan Airasia pukul 6.30 pagi...masuk je dalam kapalterbang, tunggu makanan..abis makan...tidoooo...12.15 kami selamat mendapat di KLIA2...Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan semasa bercuti....

Plan cuti cuti 2020 destinasi tak pasti lagi...harap ada duit lebih untuk melancong di tahun 2020 ni...Insyaallah


































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































4 ulasan:

  1. Amboiii!!! tidur-tidur baring kanggaroo tu.
    Kenapa tak dukung Wobat tu sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau boleh mmg nak dukung..tapi pelawat tak dibenarkan..nak usap pun kena guna belakang tangan

      Padam
  2. Seronok sangat nampaknya tu ..... mau takkan.... cuaca nyaman je. Gambar pun cantik cantik sebab orangnya pun pandai posing.
    Dah kenapa wombat tu tersandar semacam je hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. wombat tu memang statik gitu...tapi comel 😀

      Padam