Rabu, 4 Oktober 2017

Macamana Aku Kekal Kurus?

Begitulah pertanyaan yang selalu diajukan kepada aku bila mereka melihat cara aku makan...eh, banyak ke aku makan?   Begitu yang selalu terdetik dihati aku .  Tapi sebenarnya pertanyaan sebegitu sering ditanya sebab bila rakan rakan melihat aku mengambil sarapan yang berat contohnya seperti nasi lemak or lontong.  Mungkin mereka fikir aku ni jenis yang jaga pemakanan...oh..memang tak ye.  Aku memang suka makan walaupun aku bukan jenis yang nak jalan jalan cari makan.  Faham tak maksud aku...hahaha...

Meh sini aku nak cerita bagaimana aku kekal langsing (seperti mana yang dikatakan rakan rakanku, walau aku tak pernah fikir begitu).  

Cara pemakanan aku simple je...bukan le makan sihat sihat pun..which is not good ye...aku sarapan berat waktu pagi sebab malam aku jarang makan.

Tengahari agak kerap ambil lunch ...tapi dalam jumlah yg sikit sebab masih kenyang sarapan...alasan ambil lunch sebab tak mahu kebuluran waktu balik...dan malam memang jarang makan yang berat kecuali waktu lunch tak makan apa apa.  Aku cuma makan buah buah macam betik, anggur atau pisang.  Memang cukup untuk alas perut sampai esok pagi.  Kalau lapar tak menahan jugak, aku bancuh nescafe dan cicah sedikit biskut.  

Macam pagi tadi..turun ke cafe nampak ada pemandangan macam di bawah:-


Arghhh...aku tak boleh tengok pulut kuning...bercahaya mata aku terpandang pulut kuning.  Jadi ambil pulut dan simbahkan dengan kuah kari ayam dan kentang.  




Aku rasa mungkin sebab aku tak berapa suka nak makan yang merepek macam goreng pisang ke, kek, kerepek atau segala macam tu...makan la jugak, tapi jarang...aku suka makan yang mengenyangkan macam kat atas...atau nasi/mee/roti...mungkin tu rahsianya kut...dan aku jugak jarang nak minum air suam putih ni...aku lebih suka minum air manis macam nescafe o atau teh o....aku minum air kosong jika aku benar benar dahaga, tapi mesti yang sejuk. 

Yang bestnya kalau rakan rakan tengok aku makan, mesti ada yang bagi statment macam ni "eh..ko ada bela jin ke?? sebab beberapa jam lepas tu aku dah lapar semula..hahahaha...apa apa je lah....walau bagaimanapun aku bersyukur masih sihat untuk menikmati ini semua....yang penting hidup harus gembira..kalau ada masalah, selesaikan...jangan stress sebab itulah punca penyakit...




Sekian, dari aku yang 'membela'...hahaha

2 ulasan:

  1. Ok dah dpt tips jangan makan malam ek. Tulah tu sekarang ni mmg tgh dièt sikit sikit. Tak boleh jadi bila tengok badan dah semakin membesar weyh hihi....

    Cuba cuba gaklah kurangkan makan mlm walaupun kadang tewas. Untunglah org tu ek, body menten walaupun makan banyak.Tumpang jeles ah

    BalasPadam
  2. hainom, saya makan waktu siang je..malam makan buah buhan...lojiknya, jika dah makan byk siang..malam perut takkan keroncong dah :-)

    BalasPadam