Sabtu lepas aku bercuti...ke Sauk, kampung rakan karib. Sauk pernah melakar sejarah hitam di mana tertangkapnya kumpulan militan Al Maunah pada 2 Julai 2000. 2 anggota keselamatan dan seorang ahli Al Maunah terkorban dalam peristiwa tersebut.
Jadi sabtu lepas saya berpeluang ke Sauk. Sauk memang satu daerah yang penuh dengan kehijauan di kelilingi bukit menghijau. Tanaman utama di Sauk adalah pokok getah dan terdapat juga sawah padi.
Disebabkan cuaca yang panas, aku nak mandi sungai. Rakan aku bawa kami ke Sungai Sauk atau di panggil lata iaitu sungai yang berbatu batu. Memang best...dengan air yang sejuk dan jernih dikelilingi hutan menghijau. Banyak jugak aku nampak pokok pokok durian disekelilingnya.
Esoknya ke Zoo Taiping pulak. Di Zoo Taiping aku rasa punya view yang sangat menarik, sejuk mata memandang cuma tak banyak sangat haiwan haiwan di dalamnya. Jom layan gambar gambar haiwan yang sempat di ambil.
Pemandangan di dalam Zoo Taiping. Cantik dan sejuk mata memandang.
Di bawah adalah sebahagian haiwan haiwan yang terdapat di dalam Zoo Taiping.
Orang Utan yang comel
Gajah Gajah yang lemah lembut je pergerakannya
Seladang yang gagah perkasa. Seladang yang sekor ni tengah makan. Terdapat 2 ekor lagi seladang di luar kandang ni.
Si Bangau Merah
Angsa hitam @ Black Swan yang gemalai
Satu keluarga badak air @ hyppo. Yang tengah tu si anak sedang tidur.
Si badak sumbu @ rhino. Memang besar dan mantap saiz badak ni.
Si burung Kasawari
Tapir. Sampai ke sudah tak mau keluar kolam. Panas katanya...berendam lagi best
Selesai bertawaf mengelilingi Zoo Taiping, perut berkeroncong dan dah ada dalam kepala mana nak makan. Jom ke Mee Udang Mak Jah yang viral tu. Selama ni asik kecur je air liur tengok gambar mee udang dalam blog blog. Jadi aku merealisasikan impian kerana kebetulan dah ada kat Taiping.
Akhirnya sampai jugak aku ke Mee Udang Mak Jah.
Ada 2 pilihan samada nak yang biasa atau special. Gambar bawah pilihan special. Bezanya udangnya lebih besar dari yang biasa.
Yang bawah pulak pilihan biasa. Ni aku punya...yang kecik je sudah...perangai aku pelik..aku makan udang, tapi aku tak suka udang yang tak dimasak sepenuhnya. Aku tau kalau mee mee udang ni cara masakannya mesti dimasak half cook gitu. Aku makan pun tak habis...pada pendapat aku, mee udang mak jah ni rasa biasa biasa je. Tak la sedap sangat, cuma bagi yang mengemari udang, boleh la enjoy makan kat sini. Tapi yang penting aku dah datang ke Mee Udang Mak Jah yang popular ni.
Istana tu boleh masuk tak kat dalam?
BalasPadamhttp://ceritaaisyaismail.blogspot.my/
boleh je..tapi pukul 6 dah tutup..saya agak terlewat, jadi tak dapat nak tengok kat dalam...
PadamSalam Ti..... wah jauhnya berjalan sampai ke Perak sana tu ha. Tulah tu, sepanjang hakak ulang alik ke Perak, sikit pun tak pernah rasa mee udang ni. Sedap ke?
BalasPadamZoo Taiping tu pun tak pernah masuk. Sampai tu sampai, tapi cuma makan kat cafe luar zoo tu aje hihi.....Mcm malas pulak nak tengok binatang masa tu...
Walaikumsalam...pada tekak saya..ok ok je rasanya...boleh lah datang kalau nak try sebab bukan mee udang je menunya...macam macam ada...zoo pulak kat dalam tu memang cantik viewnya
BalasPadam