Isnin, 24 Julai 2017

Majlis Jamuan Raya di penghujung syawal...

Baru la nak terhegeh hegeh bercerita pasal sambutan syawal....orang lain dah move on pun....

Semalam 24/7/17 di pejabat aku mengadakan majlis sambutan syawal.  Bukan lah majlis secara besar besaran pun, cuma sambutan sederhana secara pot luck setiap department.  Tujuan bagi mengeratkan silaturahim sesama pekerja dan juga bagi meraikan pekerja yang bukan beragama islam untuk sama sama merasa juadah hari raya.  Tak kira lah jamuan secara besaran atau tidak, yang penting sama sama meriah berebut makanan...hahaha...

Di bawah adalah juadah juadah yang mengambil bahagian ....

Nasi beriani...yang ni tak makan sebab dah kenyang

Sate dan pizza hut (pizza sumbangan dari bos saya yang baikhati)

Kuih muih dan biskut raya (ni pun saya tak jamah sebab dah kenyang)

Laksa Johor, rendang & ketupat daun palas (laksa tu memang win)

Air sirap laici bersoda (yang paling sedap pernah saya rasa) dan buah buahan

Bihun goreng, roti jala berkuah kari, nasi impit & kuah kacang
 

Kesimpulannya, jika jamuan macam ni, hanya satu dua je yang dapat dimakan...aku enjoy betul dengan laksa johor dan sate...dan aku sentiasa ingatkan diri sendiri agar ambil makan sekadar mampu dimakan dan jangan bersifat tamak dan akhirnya makanan tak habis dimakan...siapa pulak nak makan kalau dah jadi sisa..ye tak...

Diakhiri gambar tuan blog ceria berlatar belakang props raya dan berbaju kebaya yang cuma dipakai setahun sekali

p/s...baju yang dah berusia 5 tahun...dikitar semula...agak old skol disitu..berlawan dengan tetamu yang hadir berbaju kurung trend sekarang yang bercorak seperti rakan sebelah...


4 ulasan:

  1. Banyak sungguh menunya HG....memang bingung nak makan mana dulu tu kan. Yelah, lama tak makan laksa Johor, teringin pulak dah ni....Mana nak cari ni?

    Haha...old skool pun tak pelah...yg penting body maintain sejak 5 tahun dulu hokey! hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...orang malas gitu le hainom...nak makan pun malas..hahaha..tu pasal body leh menten

      Padam
  2. Uit! Takde air pon dalam kuali? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ketupat moden la Uncle Gedek...tak perlu air nak masak..haha

      Padam