Khamis, 18 Mei 2017

Cuti Cuti Tenangkan Minda...

Holaaaa....

Lama rasanya tak menjenguk blog dan blogwalking ...aku bercuti baru baru ni...dari 4/5 hingga 15/5..bercuti ke negara Europe ..London & Paris je  :-)

Cuma percutian ni rasanya macam istimewa sebab aku memang dijemput sebagai tetamu dirumah seorang rakanku yang berbangsa Inggeris.  Actually, aku pun memang pernah berjumpa dengan beliau ketika beliau melawat Malaysia beberapa kali.  Segan sebenarnya nak terima pelawaan, tapi bila dipelawa beberapa kali..why not kan...boleh jugak merasa kehidupan orang putih di sana.

So, di London, penginapan aku adalah di Bungtingford.  Wilayah popular yang berdekatan adalah Cambridge yang terkenal dengan Universiti nya.  Dapatlah aku masuk ke Universiti Cambridge dengan privileage rakan inggeris aku tu.  Bukan senang tau nak masuk dalam Universiti tu...

Hari ke dua baru aku ke Paris.  Kesana selama 2 malam and back to London again.  Lepas tu la baru masuk ke London selama beberapa hari dan round kota London sampai puas.

Ok..gambar di bawah cuma gambar sekitar Bungtingford.  Cantik kawasan rumah mereka...cuaca sejuk & nyaman tak terasa kalau berjalan jauh.  Bulan may adalah spring time ..jadi suasana sangat cantik..tapi agak sejuk mencengkam kalau angin bertiup...

Inilah rumah aku menumpang sepanjang 11 hari aku di London.




Ni view dari bilik ...waktu ni baru 6.00 am tau...tapi terang macam pukul 9.00 pagi ditempat kita...sejuk mencengkam



Di antara kawasan kejiranan Buntingford..cantikkan





Di bawah pulak masa aku ke rape seed field berdekatan Buntingford...cantik pemandangan dengan warna kuning seluas mata memandang.

Aku macam jakun di rape seed farm...al maklumlah..baru first time..hahaha..di mana mana di luar London terdapat banyak pada padang rape seed yang mana bunganya digunakan untuk dijadikan minyak masak.


Sampai kat sini dulu ye...nanti aku share pulak gambar sekitar aku ke Universiti Cambridge, Paris dan London.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan