Aku sampai London hari Khamis petang, hari Jumaat ronda ronda sekitar Cambridge dan hari Sabtu terus ke Paris selama 2 malam...naik Eurostar terus ke Paris..perjalanan memakan masa selama 2 jam 10 minit macam tu...harga tiket dalam lebihkurang RM500 pergi/balik.
Sampai je di Paris, kami terus ke hotel. Aku menginap di Ibis Hotel ...lepas rehat sekejap, terus keluar ke destinasi popular. Kemana lagi kalau tak ke Eiffel Tower dan Marble Arch. Aku sampai agak lewat..jadi dapat la tengok Eiffel Tower bertukar warna. Memang cantik kalau pergi waktu malam. Tapi yang tak tahan adalah sejuk yang sangat mencengkam walaupun waktu tu adalah musim bunga. Hari ke dua, aku ke tempat iconic Paris iaitu ke Notre Dame dan Mont Marte. Semua tempat aku pergi tu menggunakan pengangkutan bawah tanah. Kena pandai tengok peta arah mana dan stesyen mana yang hendak dituju sebab stesyen keretapi bawah tanah mereka bersimpang siur.
Gambar di bawah semasa Eiffel Tower berkelip dalam masa 10 minit...
Jom kita ke Notre Dame pulak...Notre Dame adalah tempat ikonik terkenal di Paris. Gereja yang mempunyai 2 menara berketinggian 69 meter dengan senibina berunsur gothik ini paling ramai menerima kunjungan setiap tahun. Aku memang bercadang untuk masuk ke dalam untuk melihat senibina dari dalam, tapi bila lihat barisan beratur yang panjang...terus kansel...aku memang malas kalau nak tunggu lama ni...
Jom ke Mont Marte melawat satu lagi ikonik terkenal iaitu gereja Basilica Sacre-Coeur. Terletak di atas bukit Mont martre setinggi 130 meter. Sempat juga aku menjengah ke dalam gereja untuk melihat senibinanya yang terdapat didalamnya...
Aku dan haiwan memang berpisah tiada...pencinta haiwan la katakan...
Last but not least...style posing trend sekarang..hahaha
baru tahu rupanya kat Paris pun ada Marble Arch .. ingatkan kat London jer ada. Sama tak rupanya?
BalasPadamala..lupa lak nak masukkan gambar marble arch paris...rasanya senibina yang kat Paris agak ringkas berbanding dengan London.
PadamSelamat hari raya jugak untuk awak.
BalasPadamWah, beraya kat sana ke?
Bestnya dapat melancong.
Kak Azz, ni saya pergi sebelum puasa...melancung mmg best..tak kira la kat mana..janji kita pergi dengan kawan sekepala :-)
PadamSeronok. Uncle disana sekitar tahun 95' sewaktu easter break..sekarang dah tak larat nak ketempat jauh...cukuplah sekitar sini saja...affordable!
BalasPadamUncle dah puas kut ke sana kemari masa muda...eh, sekarang pun uncle masih muda lagi apa...saya ni baru la first time nak ke europe..mmg best..kalau ada rezeki nak ke amsterdam pulak :-)
Padam