Selasa, 11 September 2018

Up date kehilangan Veri...Syukur, dia dah selamat pulang ke rumah

Syukur ke hadrat Allah....tu je yang dapat ku ucapkan tentang kepulangannya

Pagi tadi 12/09/18 lebihkurang 2 pagi aku terjaga dari tidur.  Selepas kebilik air, aku ke ruang tamu untuk menjenguk si kecik PP (nanti aku cerita pasal macamana terjumpa si kecik ni)...elok je aman dia tido dalam petbed...tetiba aku terdengar suara mengeow yang sangat sangat aku kenal...gaya meow si Veri...aku cepat cepat bukak sliding dan dia muncul depan pintu dan terus masuk rumah sambil riuh mengeow.

Aku rasa macam.."eh, bermimpi kah aku"...sebab dah lebih 2 minggu dia menghilang.  Badannya bersih tidak kotor dan tidak jugak berbau busuk, cuma agak susut sikit...tiada tanda tanda luka pun dimana mana, cuma ada kesan mcm melecet sikit ditengkuk.  Sempat aku spray ubat luka.  Lain lain, dia sihat sepenuhnya.  Mulut nya bising mengeow, aku faham dia macam hendak bercerita kemana dia menghilang, cuma aku tak faham.  Di bagi makan pun dia tak makan...dia asik mengeow dan menggesel kat kaki aku...aku faham, dia teramat rindu kat aku sepertimana aku merinduinya.

Rasanya si Veri ni lah sekor sekornya kucing aku yang menghilang tapi pulang semula.  Kucing kucing aku yang lepas, kalau dah hilang memang takkan muncul semula.  Aku rasa mungkin ada orang yang kasi makan sepanjang kehilangannya itu.  Memang itu lah doa aku.  Alhamdulillah ya Allah, Kau kembalikan dia kembali kepada ku.

2 ulasan:

  1. PH...kucing hakak pun dua dah hilang tak balik.... tak tau pi mana. Rasanya dah mati kot.
    Org ckp kucing kalau nak mati pergi kan....entahlah
    Veri yg mana satu ek.... muda lagi kot sebab tu masih mampu balik

    BalasPadam
  2. Sori HG tersyasul tulis nama pulak hihi

    BalasPadam