Rabu, 12 Julai 2023

Diriku di Tahun 2023

 Hellooo....


Lamanya tak update blog...tapi membaca blog di waktu kelapangan adalah hobi... oleh itu, blogger yang rajin update blog, terima kasih saya ucapkan...

Tahun 2023 banyak mencatit fasa baru dalam hidup aku...termasuk penghijrahan diri...

Aku telah memulakan kerjaya ditempat baru setelah lama 'jobless' tanpa kerja...risau jugak masa tak bekerja tu...duit keluar macam air, tapi masuknya tidak...almaklum, takde pendapatan bulanan...

Alhamdulillah, atas pertolongan seorang sahabat lama, aku akhirnya berjaya mendapat pekerjaan ini...Walau pendapatan bulanan tidak semewah ditempat lama, tapi aku tetap bersyukur...kena pandai berjimat dan dahulukan mana keperluan dan kemahuan...kalau dulu aku mewah berbelanja, tapi sekarang kena ukur baju di poket sendiri...gitteww

Anak anak bulus aku yang sebanyak 9 ekor ada jugak cerita yang tersendiri...kucing paling senior iaitu Vera akhirnya telah pergi meninggalkan aku setelah hidup selama lebihkurang 10 tahun ...lama jugak sakitnya sebelum dia pergi selama lamanya..puncanya sikit je..ada macam luka diperutnya..letak ubat macam tak berkesan dan makin besar nampak luka tu...akhirnya bawak ke vet dan vet pun jahit luka tu...tapi tu la...akupun tak serious nak pakaikan kon kat kepalanya sebab nampak dia tak selesa...dan dah pasti la akan dijilat ditempat luka tu dan akhirnya tempat berjahit tu terbuka semula....nak hantar balik ke vet aku tak sampai hati sbb nampak dia mcm dah uzur...ditambah nanti kalau nak jahit balik aku takut dia mati terus kalau diletak ubat bius...jadi aku usahakan dengan cara aku sendiri...tapi tu la..nampak mcm tak berkesan walau dah sembur bermacam ubat ditempat luka tersebut....dan akhirnya Vera pergi juga...tak sanggup rasanya nak tengok kucing di saat akhir nyawanya....itulah satu satunya kucing aku yang paling lama dapat bertahan selain yang lain samada mati sakit atau menghilang....




Eh, panjang pulak cite pasal kucing...tapi ada sekor lagi kucing aku yang menghilangkan diri sebelum bulan puasa aritu...si PP..kucing yang aku kutip di pejabat pos masa masih bekerja di tempat lama...ntah tak tau mana perginya....dah tak mengharap kepulangannya sebab dah terlalu lama...



kat bawah ni pulak gambar PP masa memula aku jumpa dia...sebenarnya nama PP tu untuk singkat Pejabat Pos (tempat aku jumpa dia...hehehe)



Ok, bye for now....terima kasih bagi yang sudi membaca :-)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan