Isnin, 2 Januari 2017

RIP Lucky @ Aky :-(

Selamat Tahun Baru 2017 !!!

Kali ni aku nak cerita pasal seekor kucing yang aku selamatkan baru baru ni.  Kisahnya berlaku dalam minggu lepas sebelum krismas.  Aku lunch bersama dengan kawan aku...so, selesai lunch kami pun bergerak nak beli buah kat kedai berdekatan.  Dalam kereta, kawan aku beritau yang dia ada terjumpa anak kucing masa nak hantar baju ke laundry.  

So, aku kata jom kita tengok ada tak lagi kitten kat situ.  Masa pergi tercari cari jugak kitten yang dimaksudkan, tapi tak berjumpa.  Tapi aku terjumpa seekor anak kucing yang masih kecik dalam usia 3 minggu sedang nazak.  Kesian sangat aku tengok, lalu aku amik kotak dan masukkan dalam kotak.

Sedang aku sibuk uruskan kitten yg nazak tu, kawan aku terdengar bunyi anak kucing mengeow.  Lantas kami cari kat mana bunyi kitten tu.  Rupanya dah termasuk dalam longkang.  Dengan pantas aku turun kat dalam longkang dan terus capai kitten tu.  Allah, sebaya dengan yang nazak tu...aku rasa adik beradik kut.  Tanpa berfikir aku bawak ke duanya balik kerumah.  Misi nak cari buah langsung tak jadi.

Ni la kittennya...kecik, kurus dan sakit mata.



Aku namakan Lucky @ Aky.  

Tapi seekor lagi yang sedang nazak tu akhirnya mati juga pada hari yang sama di rumah aku :-(

Masa balik sempat singgat di petshop beli susu untuk kitten.  Aku terpaksa forcefeed susu menggunakan syringe sebab dia tak pandai lagi minum.  Tapi Aky dah pandai makan sendiri.  Aku beri wetfood dalam tin.  Masa makan agak kelakar jugak sebab si Aky ni agak gelojoh.  Ye lah..lapar kut.  Si Aky ni juga aku rasa hampir buta kedua belah matanya.  Mungkin sebelum ni dah lama terbiar di luar dan sakit mata tidak dirawat.  Tiap hari aku bersihkan dengan kapas basah.  Aky juga aku rasa kecacingan, tapi aku tak bagi ubat cacing sebab saiz badannya yang masih sangat kecik dan kurus.  Risau dia terus mati kalau diberi ubat cacing.  Tunggu lah dia gemuk sikit.

Selepas tu aku tengok najisnya cair dan dia selalu cirit birit, aku jadi risau.  Aku cari sumber di google dan aku tukar susunya kepada yang lagi mahal seperti di bawah.  Kecik je tapi harga dalam RM35++.  Aku beli wetfood jenama Avoderm.  Aku tak bawak ke vet sebab dia sangat kecik lagi.  Vet tak akan bagi suntikan kalau terlampau kecik.  



Tidak juga nampak perubahan.  Cirit birit masih berterusan dan ada suatu masa tu aku tengok dia macam kekejangan.  Badan bertambah kurus.  Tapi selera makan tetap ada.  Maka aku tukar terus dari wetfood ke dada ayam rebus.  Gigih beli dada ayam dan rebus.  Pun si Aky tetap berselera makan.  Dah kurang sikit cirit biritnya tapi aku tengok keadaan dia makin lemah.  Sedihnya aku.  Aku dah cuba sedaya upaya aku.

Akhirnya lepas seminggu, si Aky pergi jua.  Pergi la sayang...aku redha sebab aku dah cuba yang terbaik. Masih teringat betapa keciknya si Aky, kalau pegang terasa tulang tulangnya. :-( 

Lagi gambar si Lucky yang sempat aku jadikan kenangan....


Lucky @ Aky (24/12/16 - 31/12/16)






Isnin, 5 Disember 2016

Ajarlah Anak Lelaki Anda Menghormati Wanita bermula di awal usianya....

Aku sedih, pedih dan sakit hati bila membaca kes kes rogol dan bagaimana mangsa dibunuh dan dicampakkan mayatnya begitu saja.  Mangsa mangsa ada yang berumur di bawah 3 tahun...apa agaknya yang difikirkan oleh jantan durjana tak berperi kemanusian tu.  

Aku tak mau mengulas lanjut...apa yang aku nak tuliskan disini agar para ibu bapa mengajar anak lelaki menghormati kaum wanita tidak kira apa bangsa dan ugamanya sebab dari komen komen yang ditinggalkan rata rata mengeluh bagaimana nak menjaga anak perempuan di era ini...alahai :-(

Ahad, 13 November 2016

Bertambah pulih....

Hello...

Masih mengenai si Batik @ Atik iaitu mengenai perkembangan matanya yang aku rawat sendiri.

Nampaknya matanya banyak perbezaan berbanding dulu.  Kalau dulu bengkak dimata hampir terjojol keluar dan bernanah, sekarang dah bertambah pulih.  Boleh lihat gambar di bawah :-


Yang penting mata dah tak bernanah.  Sesiapa yang ada kucing sakit mata, sila la cari ubat sapu "Terramycin"...sangat mujarab.  



Bye for now

Khamis, 10 November 2016

Si Kucing Batik

Hellooo...

Hari ni iouls nak cite pasal anak bulus baru.  Tak abis abis nakcite pasal kucing ek..hehehe...ye ler....lagipun nama blog pun "all about my cats"...seharusnya banyak berkisar pasal kekucingku.

Ok, about 2 weeks ago, masa nak bagi makan (malam) kucing strays kat belakang rumah, tetiba bukak pintu meluru si kecik ni nak masuk.  Aku pun angkat dan tengok bulu bersih, telinga bersih...mungkin kucing ni bertuan..tapiii...tang matanya...adoiiii..cer tengok gambar bawah...



Sedihkan...matanya sakit hampir terjojol...aku pun lepas kasi makan, terus bawak masuk rumah..esoknya bawak ke vet.  Cadangnya nak suruh vet jahitkan terus matanya.  Tapi vet kata sebab masih kecil lagi, bius sangat bahaya jadi vet suruh aku tunggu dalam 2 ke 3 bulan lagi.  

So, bawak balik rumah, aku tak lepaskan.  Aku bela dan tambah collection anak bulus :-)..Sebab aku rasa kesian nak lepaskan balik takut matanya melarat teruk.  

Aku rawat semampu mungkin. Lapkan mata dengan kapas dicelup air suam dan letak ubat mata 'terramycin'.

Itu je yg dapat aku buat.  Tapi rasanya rawatan aku berkesan.  Matanya dah kurang terjojol dan takde lendir.  Harap harap makin berkurang.  Nak pulih 100% tu memang tak la kut sebab matanya dah teruk..tapi asal tak merah dan berlendir macam dulu pun dah ok.  Selain mata, si Atik ni sangat cergas.

Tengok le bulunya...bercorak batik dan marble sangat kan...



Oh lupa nak cerita...sebenarkan si Atik ni aku pernah nampak kat belakang masa dia masih kecik dalam usia sebulan gitu..masa tu aku dah spot matanya merah dan bengkak...aku dah bercadang nak beli ubat dan letak kat mata..tapi lepas tu aku tak nampak bayangnya kat belakang, sehingga lah aritu yang dia muncul tu...tu yang aku rasa dia ni bertuan..tapi kenapa la tuannya biarkan matanya sampai melarat macam tu...

So, sekarang Atik menjadi sebahagian dari keluargaku.  Tapi kesian kadang kadang tengok si Atik ni.  Dia ni sangat cergas dan playful..tapi kucing kucing aku yang lain macam tak nak layan dia main.  Selalu aku tengok dia main kejar sorang sorang..hehehe...kadang kadang kejar kaki aku, kadang kadang kejar bayang sendiri...lantak la Atik, janji ko bahagia...dan Atik sangat pandai poo n pee di tempat yang disediakan....aku sayang ko Atik :-)






Isnin, 10 Oktober 2016

BILA KITA HENDAK JADI MACAM MASYARAKAT NEGARA JEPUN

Aku paling kagum dengan rakyat Jepun.  Aku belum lagi ke negara matahari terbit tu, cuma membaca di blog blog kembara dan melihat betapa bersihnya negara mereka dan betapa disiplinnya rakyat mereka hatta jika diletak barang berharga diluar kedai, ternyata selamat tanpa ada sesiapa yang cuba hendak mencurinya.  Cer kalau kat sini... letakla barang berharga diluar...alamat lesap..  Jadi negara Jepun adalah negara 'wishlist' aku jika ada rezeki pasti aku akan kesana. 

Aku pasti rakyat negara kita pun ramai yang berdisiplin, tapi disebabkan oleh sebilangan besar yang tidak begitu, maka amalan kebersihan tidak dapat dijalankan.  Aku biasa melihat orang membuang sampah dari kereta, membiarkan sisa sampah selepas makan di taman taman tidak dibuang di tong sampah (kalau tak jumpa tong sampahpun, sila la simpan dulu dlm plastik ke) dan kita lihat betapa kotornya pantai di negara kita.  Aku sedih sebenarnya.  Dimana nilai nilai murni masyarakat Malaysia yang rata rata Islam (kerna Islam mementingkan kebersihan).  Contoh paling senang, cuba kita lihat pasar malam selepas tamat waktu perniagaan...tengok betapa kotornya kawasan pasar malam dengan sampah yang terlambak disana sini. Walaupun peniaga meletak sisa sampah diletak dalam plastik tetapi sampahnya amatlah padat dan membuak buak sampah yang terkeluar...belum lagi plastik dan bekas bekas makanan yang dibuang merata rata oleh pengunjung.  Belum lagi kes kes kerosakan harta awam atau 'vandalism'.   

Didiklah anak anak anda sedari kecil supaya menghargai kebersihan.  Luaskan pemandangan dan fikiran betapa mereka menghargai dan sayang negara mereka sendiri.  Jangan jadi masyarakat yang mementingkan diri sendiri.  

Gambah di bawah  longkang di negara kita  :-(


                                                 (Gambar: sumber google )

Di Jepun :-)


                                                       (Gambar:  sumber google )
Salahkan diri sendiri jika terjadi banjir kerana tersumbatnya longkang longkang dengan sampah kerana sikap masyarakat kita yang membuang sampah merata rata.  Akhir sekali untuk kelangsungan bumi agar terus berfungsi ..amalkan juga sikap mengitar semula sampah...juga jangan sewenangnya menebang pokok pokok yang menyejukkan bumi ini.  Ala...setakat daun yang gugur kat laman awak semua tu...sapu je la kannn...tu kan senaman keluar peluh :-)








Selasa, 27 September 2016

MASIH MENGHARAP.....

Dah masuk bulan ke 2, kucing kesayangan aku ChimChim hilang.    Jauh disudut hati ni masih mengharap dia akan pulang

Kadang kadang bila keseorangan dirumah, terbayang keletah beliau yang nakal dan manja.

Chim Chim, moga kesudahan yang baik untukmu.


  






Isnin, 26 September 2016

KETAGIHAN MELAMPAU DENGAN "PHOTOBOOK"

Olaaaa....

Saje nak cerita pasal hobi yang agak baru ni, walaupun photobook ni dah berzaman kut.  Tapi sejak rajin benor Groupon ada offer yang melampau di Photobook, maka aku gigih beli...setakat ni dah 3 album siap...lagi satu dalam proses penghantaran.

Di bawah album softcover bersaiz 6" x 6" yang aku beli di groupon dengan harga 0.00.  :)  Aku cuma bayar RM8.00 untuk kos penghantaran.  Album ni khas untuk gambar anak anak bulus je  :-)








 Gambar dibawah adalah photobook yang bersaiz 8"x8"...harga ?? hmmm...yang ni aku memang rugi.  Dengan softcover je dan 40 mukasurat dan kos penghantaran..duit aku terbang lebihkurang RM103.00.  Kenapa mahal?  Sebab aku tak beli melalui groupon.   Memang mahal ye kalau kita terus beli melalui photobook.com ni.  So aku nasihatkan, sesiapa yang nak buat photobook online, beli melalui groupon atau yang sejenis dengannya masa ada tawaran istimewa.  Memang murah giler.  Pilih je berbagai jenis pilihan cover album yang berkenan di hati mengikut budget poket memasing.



Latest projek yang aku dah siapkan adalah album softcover bersaiz 8"x11"..yang tu khas untuk photo keluarga dan sewaktu dengannya.  Pun beli di groupon dengan harga RM35.00 (40 mukasurat).  Sekarang dalam proses penghantaran.

Tapi nak buat photobook ni perlukan banyak kesabaran dalam memilih gambar dan layout yang terbaik.  Album bersaiz kecik ni pun makan seminggu gak untuk siap.

Ok..next projek aku adalah album 8"x11" hardcover pulak. 


Bye