Aku sedih, pedih dan sakit hati bila membaca kes kes rogol dan bagaimana mangsa dibunuh dan dicampakkan mayatnya begitu saja. Mangsa mangsa ada yang berumur di bawah 3 tahun...apa agaknya yang difikirkan oleh jantan durjana tak berperi kemanusian tu.
Aku tak mau mengulas lanjut...apa yang aku nak tuliskan disini agar para ibu bapa mengajar anak lelaki menghormati kaum wanita tidak kira apa bangsa dan ugamanya sebab dari komen komen yang ditinggalkan rata rata mengeluh bagaimana nak menjaga anak perempuan di era ini...alahai :-(
Isnin, 5 Disember 2016
Ahad, 13 November 2016
Bertambah pulih....
Hello...
Masih mengenai si Batik @ Atik iaitu mengenai perkembangan matanya yang aku rawat sendiri.
Nampaknya matanya banyak perbezaan berbanding dulu. Kalau dulu bengkak dimata hampir terjojol keluar dan bernanah, sekarang dah bertambah pulih. Boleh lihat gambar di bawah :-
Yang penting mata dah tak bernanah. Sesiapa yang ada kucing sakit mata, sila la cari ubat sapu "Terramycin"...sangat mujarab.
Bye for now

Khamis, 10 November 2016
Si Kucing Batik
Hellooo...
Hari ni iouls nak cite pasal anak bulus baru. Tak abis abis nakcite pasal kucing ek..hehehe...ye ler....lagipun nama blog pun "all about my cats"...seharusnya banyak berkisar pasal kekucingku.
Ok, about 2 weeks ago, masa nak bagi makan (malam) kucing strays kat belakang rumah, tetiba bukak pintu meluru si kecik ni nak masuk. Aku pun angkat dan tengok bulu bersih, telinga bersih...mungkin kucing ni bertuan..tapiii...tang matanya...adoiiii..cer tengok gambar bawah...
Sedihkan...matanya sakit hampir terjojol...aku pun lepas kasi makan, terus bawak masuk rumah..esoknya bawak ke vet. Cadangnya nak suruh vet jahitkan terus matanya. Tapi vet kata sebab masih kecil lagi, bius sangat bahaya jadi vet suruh aku tunggu dalam 2 ke 3 bulan lagi.
So, bawak balik rumah, aku tak lepaskan. Aku bela dan tambah collection anak bulus :-)..Sebab aku rasa kesian nak lepaskan balik takut matanya melarat teruk.
Aku rawat semampu mungkin. Lapkan mata dengan kapas dicelup air suam dan letak ubat mata 'terramycin'.
Itu je yg dapat aku buat. Tapi rasanya rawatan aku berkesan. Matanya dah kurang terjojol dan takde lendir. Harap harap makin berkurang. Nak pulih 100% tu memang tak la kut sebab matanya dah teruk..tapi asal tak merah dan berlendir macam dulu pun dah ok. Selain mata, si Atik ni sangat cergas.
Tengok le bulunya...bercorak batik dan marble sangat kan...
Oh lupa nak cerita...sebenarkan si Atik ni aku pernah nampak kat belakang masa dia masih kecik dalam usia sebulan gitu..masa tu aku dah spot matanya merah dan bengkak...aku dah bercadang nak beli ubat dan letak kat mata..tapi lepas tu aku tak nampak bayangnya kat belakang, sehingga lah aritu yang dia muncul tu...tu yang aku rasa dia ni bertuan..tapi kenapa la tuannya biarkan matanya sampai melarat macam tu...
So, sekarang Atik menjadi sebahagian dari keluargaku. Tapi kesian kadang kadang tengok si Atik ni. Dia ni sangat cergas dan playful..tapi kucing kucing aku yang lain macam tak nak layan dia main. Selalu aku tengok dia main kejar sorang sorang..hehehe...kadang kadang kejar kaki aku, kadang kadang kejar bayang sendiri...lantak la Atik, janji ko bahagia...dan Atik sangat pandai poo n pee di tempat yang disediakan....aku sayang ko Atik :-)

Isnin, 10 Oktober 2016
BILA KITA HENDAK JADI MACAM MASYARAKAT NEGARA JEPUN
Aku paling kagum dengan rakyat Jepun. Aku belum lagi ke negara matahari terbit tu, cuma membaca di blog blog kembara dan melihat betapa bersihnya negara mereka dan betapa disiplinnya rakyat mereka hatta jika diletak barang berharga diluar kedai, ternyata selamat tanpa ada sesiapa yang cuba hendak mencurinya. Cer kalau kat sini... letakla barang berharga diluar...alamat lesap.. Jadi negara Jepun adalah negara 'wishlist' aku jika ada rezeki pasti aku akan kesana.
Aku pasti rakyat negara kita pun ramai yang berdisiplin, tapi disebabkan oleh sebilangan besar yang tidak begitu, maka amalan kebersihan tidak dapat dijalankan. Aku biasa melihat orang membuang sampah dari kereta, membiarkan sisa sampah selepas makan di taman taman tidak dibuang di tong sampah (kalau tak jumpa tong sampahpun, sila la simpan dulu dlm plastik ke) dan kita lihat betapa kotornya pantai di negara kita. Aku sedih sebenarnya. Dimana nilai nilai murni masyarakat Malaysia yang rata rata Islam (kerna Islam mementingkan kebersihan). Contoh paling senang, cuba kita lihat pasar malam selepas tamat waktu perniagaan...tengok betapa kotornya kawasan pasar malam dengan sampah yang terlambak disana sini. Walaupun peniaga meletak sisa sampah diletak dalam plastik tetapi sampahnya amatlah padat dan membuak buak sampah yang terkeluar...belum lagi plastik dan bekas bekas makanan yang dibuang merata rata oleh pengunjung. Belum lagi kes kes kerosakan harta awam atau 'vandalism'.
Didiklah anak anak anda sedari kecil supaya menghargai kebersihan. Luaskan pemandangan dan fikiran betapa mereka menghargai dan sayang negara mereka sendiri. Jangan jadi masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Gambah di bawah longkang di negara kita :-(
(Gambar: sumber google )
Di Jepun :-)
(Gambar: sumber google )
Salahkan diri sendiri jika terjadi banjir kerana tersumbatnya longkang longkang dengan sampah kerana sikap masyarakat kita yang membuang sampah merata rata. Akhir sekali untuk kelangsungan bumi agar terus berfungsi ..amalkan juga sikap mengitar semula sampah...juga jangan sewenangnya menebang pokok pokok yang menyejukkan bumi ini. Ala...setakat daun yang gugur kat laman awak semua tu...sapu je la kannn...tu kan senaman keluar peluh :-)

Selasa, 27 September 2016
MASIH MENGHARAP.....
Isnin, 26 September 2016
KETAGIHAN MELAMPAU DENGAN "PHOTOBOOK"
Olaaaa....
Saje nak cerita pasal hobi yang agak baru ni, walaupun photobook ni dah berzaman kut. Tapi sejak rajin benor Groupon ada offer yang melampau di Photobook, maka aku gigih beli...setakat ni dah 3 album siap...lagi satu dalam proses penghantaran.
Di bawah album softcover bersaiz 6" x 6" yang aku beli di groupon dengan harga 0.00. :) Aku cuma bayar RM8.00 untuk kos penghantaran. Album ni khas untuk gambar anak anak bulus je :-)
Gambar dibawah adalah photobook yang bersaiz 8"x8"...harga ?? hmmm...yang ni aku memang rugi. Dengan softcover je dan 40 mukasurat dan kos penghantaran..duit aku terbang lebihkurang RM103.00. Kenapa mahal? Sebab aku tak beli melalui groupon. Memang mahal ye kalau kita terus beli melalui photobook.com ni. So aku nasihatkan, sesiapa yang nak buat photobook online, beli melalui groupon atau yang sejenis dengannya masa ada tawaran istimewa. Memang murah giler. Pilih je berbagai jenis pilihan cover album yang berkenan di hati mengikut budget poket memasing.
Latest projek yang aku dah siapkan adalah album softcover bersaiz 8"x11"..yang tu khas untuk photo keluarga dan sewaktu dengannya. Pun beli di groupon dengan harga RM35.00 (40 mukasurat). Sekarang dalam proses penghantaran.
Tapi nak buat photobook ni perlukan banyak kesabaran dalam memilih gambar dan layout yang terbaik. Album bersaiz kecik ni pun makan seminggu gak untuk siap.
Ok..next projek aku adalah album 8"x11" hardcover pulak.
Bye

Ahad, 21 Ogos 2016
Uteh...moga kau tenang disana
Dah tiada lagi anak mummy yang sopan dan manja. Yang tidak pernah garang dengan adik adik. Yang sudi terima adik adik baru dan penyayang. Uteh tak pernah menyusahkan mummy dan sangat peramah kalau ada tetamu bertandang ke rumah. Maafkan mummy andai ada kekurangan mummy semasa menjagamu. Dah ditakdirkan setakat ini sahaja mummy berkongsi rezeki dengan Uteh.
Uteh...moga kita bertemu di syurga kelak ... ( 26/10/14 - 20/08/16 )
Uteh dijumpai mati di laman rumah jiran sabtu baru ni. Mengalir airmataku waktu nak angkat badan Uteh yang dah kembung namun masih tiada bau. Aku berterima kasih kerna jiran tu sudi memberitahu. Kalau tak, mungkin mayat uteh akan dicampak dalam tempat sampah atau dimana mana. Nak bayangkan pun sedih. Aku kebumikan uteh di laman rumah. Mungkin selsema teruk penyebab kematiannya :-(
P/S: Masih lagi mengharap kepulangan Chimchim :-(

Uteh sewaktu dijumpai, 2x mandi pun kotor tak hilang lagi....
Setelah 2 minggu.....dah pandai posing, dah hemsem la sikit :-)
Gambar sebulan lepas....
Uteh dijumpai mati di laman rumah jiran sabtu baru ni. Mengalir airmataku waktu nak angkat badan Uteh yang dah kembung namun masih tiada bau. Aku berterima kasih kerna jiran tu sudi memberitahu. Kalau tak, mungkin mayat uteh akan dicampak dalam tempat sampah atau dimana mana. Nak bayangkan pun sedih. Aku kebumikan uteh di laman rumah. Mungkin selsema teruk penyebab kematiannya :-(
P/S: Masih lagi mengharap kepulangan Chimchim :-(
Langgan:
Catatan (Atom)