Bubu aku jumpa di gerai jual air jambu ditepi jalan yang sibuk berhampiran ofis pada tahun 2013...aku memerhati je dari dalam kereta ketika dia mengeow ngeow di kaki setiap orang meminta simpati. Kecik dan comot ketika itu sehingga aku risau takut orang terpijak dia yang sangat kecil ketika itu.
Sebaik saja rakan aku sampai ke kereta (beli air jambu), aku tanpa membuang masa terus turun mengambil anak kucing comot ni. Letak dlm kotak di dalam kereta, dan belikan sedikit makanan..cukup la rasanya sehingga menjelang waktu aku habis kerja. Memandangkan aku parking di bangunan ofis, aku biarkan kesemua tingkap terbuka sedikit supaya dia mendapat udara.
Balik kerja sampai dikereta, elok je dia duduk diam diam dalam kotak. Maka anak kucing tersebut aku namakan Bubu.
Di bawah Bubu ketika mula dijumpai..
Sampai dirumah aku membersihkan mukanya dengan menyapu kapas yang dicelup dengan air suam...comel je lepas dibersihkan...
Bubu ni jenis kucing yang suka menyendiri...tak banyak kerenah dan sangat penakut dengan orang yang tak dikenali. Pernah di langgar (saya tak pasti samada motor atau kereta) dan menyebabkan tulang belakangnya tak serata. Bayangkan dia kemalangan selepas seminggu di mandulkan...dengan luka spyed diperut yang belum sembuh. Masa dihantar ke vet, vet hanya sarankan aku menghantar Bubu ke UPM untuk di xray dan ekor Bubu dah tak berfungsi dan perlu dipotong katanya. Tapi aku tau, kos vet di UPM memang mahal walaupun dengarnya dibiaya oleh kerajaan. Aku bawak pulang Bubu dan vet di klinik ada beri sedikit ubat.
Tapi betul la kata pepatah, kasih sayang dapat menyembuhkan luka/sakit...maka aku rawat Bubu semampu mungkin dan makin lama aku peratikan ekor Bubu kembali berfungsi dan Bubu cergas seperti biasa kecuali kakinya sedikit dengkut.
Dipendekkan cerita, Bubu pergi ketika aku sibuk menguruskan kucing kucing untuk diberi pada orang boarding yang datang kerumah sebelum aku nak bercuti panjang. Bila difikirkan, ada baiknya Bubu pergi ketika aku masih ada..aku tak dapat bayangkan kalau dia mati ketika diboarding...lagi sedih aku...Bubu memang nak dia ditanam bersama yang lain di laman rumah.
Moga Bubu tenang disana dan tunggu mommy di syurga kelak. Kenangan Bubu bersama mommy tidak akan pernah padam. (Bubu - 27/9/13 - 2/5/17)
Lagi gambar gambar Bubu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan