Khamis, 10 November 2016

Si Kucing Batik

Hellooo...

Hari ni iouls nak cite pasal anak bulus baru.  Tak abis abis nakcite pasal kucing ek..hehehe...ye ler....lagipun nama blog pun "all about my cats"...seharusnya banyak berkisar pasal kekucingku.

Ok, about 2 weeks ago, masa nak bagi makan (malam) kucing strays kat belakang rumah, tetiba bukak pintu meluru si kecik ni nak masuk.  Aku pun angkat dan tengok bulu bersih, telinga bersih...mungkin kucing ni bertuan..tapiii...tang matanya...adoiiii..cer tengok gambar bawah...



Sedihkan...matanya sakit hampir terjojol...aku pun lepas kasi makan, terus bawak masuk rumah..esoknya bawak ke vet.  Cadangnya nak suruh vet jahitkan terus matanya.  Tapi vet kata sebab masih kecil lagi, bius sangat bahaya jadi vet suruh aku tunggu dalam 2 ke 3 bulan lagi.  

So, bawak balik rumah, aku tak lepaskan.  Aku bela dan tambah collection anak bulus :-)..Sebab aku rasa kesian nak lepaskan balik takut matanya melarat teruk.  

Aku rawat semampu mungkin. Lapkan mata dengan kapas dicelup air suam dan letak ubat mata 'terramycin'.

Itu je yg dapat aku buat.  Tapi rasanya rawatan aku berkesan.  Matanya dah kurang terjojol dan takde lendir.  Harap harap makin berkurang.  Nak pulih 100% tu memang tak la kut sebab matanya dah teruk..tapi asal tak merah dan berlendir macam dulu pun dah ok.  Selain mata, si Atik ni sangat cergas.

Tengok le bulunya...bercorak batik dan marble sangat kan...



Oh lupa nak cerita...sebenarkan si Atik ni aku pernah nampak kat belakang masa dia masih kecik dalam usia sebulan gitu..masa tu aku dah spot matanya merah dan bengkak...aku dah bercadang nak beli ubat dan letak kat mata..tapi lepas tu aku tak nampak bayangnya kat belakang, sehingga lah aritu yang dia muncul tu...tu yang aku rasa dia ni bertuan..tapi kenapa la tuannya biarkan matanya sampai melarat macam tu...

So, sekarang Atik menjadi sebahagian dari keluargaku.  Tapi kesian kadang kadang tengok si Atik ni.  Dia ni sangat cergas dan playful..tapi kucing kucing aku yang lain macam tak nak layan dia main.  Selalu aku tengok dia main kejar sorang sorang..hehehe...kadang kadang kejar kaki aku, kadang kadang kejar bayang sendiri...lantak la Atik, janji ko bahagia...dan Atik sangat pandai poo n pee di tempat yang disediakan....aku sayang ko Atik :-)






Isnin, 10 Oktober 2016

BILA KITA HENDAK JADI MACAM MASYARAKAT NEGARA JEPUN

Aku paling kagum dengan rakyat Jepun.  Aku belum lagi ke negara matahari terbit tu, cuma membaca di blog blog kembara dan melihat betapa bersihnya negara mereka dan betapa disiplinnya rakyat mereka hatta jika diletak barang berharga diluar kedai, ternyata selamat tanpa ada sesiapa yang cuba hendak mencurinya.  Cer kalau kat sini... letakla barang berharga diluar...alamat lesap..  Jadi negara Jepun adalah negara 'wishlist' aku jika ada rezeki pasti aku akan kesana. 

Aku pasti rakyat negara kita pun ramai yang berdisiplin, tapi disebabkan oleh sebilangan besar yang tidak begitu, maka amalan kebersihan tidak dapat dijalankan.  Aku biasa melihat orang membuang sampah dari kereta, membiarkan sisa sampah selepas makan di taman taman tidak dibuang di tong sampah (kalau tak jumpa tong sampahpun, sila la simpan dulu dlm plastik ke) dan kita lihat betapa kotornya pantai di negara kita.  Aku sedih sebenarnya.  Dimana nilai nilai murni masyarakat Malaysia yang rata rata Islam (kerna Islam mementingkan kebersihan).  Contoh paling senang, cuba kita lihat pasar malam selepas tamat waktu perniagaan...tengok betapa kotornya kawasan pasar malam dengan sampah yang terlambak disana sini. Walaupun peniaga meletak sisa sampah diletak dalam plastik tetapi sampahnya amatlah padat dan membuak buak sampah yang terkeluar...belum lagi plastik dan bekas bekas makanan yang dibuang merata rata oleh pengunjung.  Belum lagi kes kes kerosakan harta awam atau 'vandalism'.   

Didiklah anak anak anda sedari kecil supaya menghargai kebersihan.  Luaskan pemandangan dan fikiran betapa mereka menghargai dan sayang negara mereka sendiri.  Jangan jadi masyarakat yang mementingkan diri sendiri.  

Gambah di bawah  longkang di negara kita  :-(


                                                 (Gambar: sumber google )

Di Jepun :-)


                                                       (Gambar:  sumber google )
Salahkan diri sendiri jika terjadi banjir kerana tersumbatnya longkang longkang dengan sampah kerana sikap masyarakat kita yang membuang sampah merata rata.  Akhir sekali untuk kelangsungan bumi agar terus berfungsi ..amalkan juga sikap mengitar semula sampah...juga jangan sewenangnya menebang pokok pokok yang menyejukkan bumi ini.  Ala...setakat daun yang gugur kat laman awak semua tu...sapu je la kannn...tu kan senaman keluar peluh :-)








Selasa, 27 September 2016

MASIH MENGHARAP.....

Dah masuk bulan ke 2, kucing kesayangan aku ChimChim hilang.    Jauh disudut hati ni masih mengharap dia akan pulang

Kadang kadang bila keseorangan dirumah, terbayang keletah beliau yang nakal dan manja.

Chim Chim, moga kesudahan yang baik untukmu.


  






Isnin, 26 September 2016

KETAGIHAN MELAMPAU DENGAN "PHOTOBOOK"

Olaaaa....

Saje nak cerita pasal hobi yang agak baru ni, walaupun photobook ni dah berzaman kut.  Tapi sejak rajin benor Groupon ada offer yang melampau di Photobook, maka aku gigih beli...setakat ni dah 3 album siap...lagi satu dalam proses penghantaran.

Di bawah album softcover bersaiz 6" x 6" yang aku beli di groupon dengan harga 0.00.  :)  Aku cuma bayar RM8.00 untuk kos penghantaran.  Album ni khas untuk gambar anak anak bulus je  :-)








 Gambar dibawah adalah photobook yang bersaiz 8"x8"...harga ?? hmmm...yang ni aku memang rugi.  Dengan softcover je dan 40 mukasurat dan kos penghantaran..duit aku terbang lebihkurang RM103.00.  Kenapa mahal?  Sebab aku tak beli melalui groupon.   Memang mahal ye kalau kita terus beli melalui photobook.com ni.  So aku nasihatkan, sesiapa yang nak buat photobook online, beli melalui groupon atau yang sejenis dengannya masa ada tawaran istimewa.  Memang murah giler.  Pilih je berbagai jenis pilihan cover album yang berkenan di hati mengikut budget poket memasing.



Latest projek yang aku dah siapkan adalah album softcover bersaiz 8"x11"..yang tu khas untuk photo keluarga dan sewaktu dengannya.  Pun beli di groupon dengan harga RM35.00 (40 mukasurat).  Sekarang dalam proses penghantaran.

Tapi nak buat photobook ni perlukan banyak kesabaran dalam memilih gambar dan layout yang terbaik.  Album bersaiz kecik ni pun makan seminggu gak untuk siap.

Ok..next projek aku adalah album 8"x11" hardcover pulak. 


Bye


Ahad, 21 Ogos 2016

Uteh...moga kau tenang disana

Dah tiada lagi anak mummy yang sopan dan manja.  Yang tidak pernah garang dengan adik adik.  Yang sudi terima adik adik baru dan penyayang.  Uteh tak pernah menyusahkan mummy dan sangat peramah kalau ada tetamu bertandang ke rumah.  Maafkan mummy andai ada kekurangan mummy semasa menjagamu.  Dah ditakdirkan setakat ini sahaja mummy berkongsi rezeki dengan Uteh. 

Uteh...moga kita bertemu di syurga kelak ... ( 26/10/14 - 20/08/16 )



Uteh sewaktu dijumpai, 2x mandi pun kotor tak hilang lagi....



Setelah 2 minggu.....dah pandai posing, dah hemsem la sikit :-)



Gambar sebulan lepas....


Uteh dijumpai mati di laman rumah jiran sabtu baru ni.  Mengalir airmataku waktu nak angkat badan Uteh yang dah kembung namun masih tiada bau.  Aku berterima kasih kerna jiran tu sudi memberitahu.  Kalau tak, mungkin mayat uteh akan dicampak dalam tempat sampah atau dimana mana.  Nak bayangkan pun sedih.  Aku kebumikan uteh di laman rumah.  Mungkin selsema teruk penyebab kematiannya :-(

P/S:    Masih lagi mengharap kepulangan Chimchim  :-(

Isnin, 15 Ogos 2016

Pulanglah.....

Chim Chim si anak bulus bungsu dah hilang sejak jumaat lepas (12/08/16).  Biasanya kalau aku balik kerja, si chim memang dah sedia menanti dalam pagar di laman rumah.  Tapi hari tu, bila nak bukak gate, tak nampak pun chim dalam pagar macam biasa.  Hati dah tak sedap dah...aku biarkan gate terbuka dan terus drive cari chim keliling kawasan berdekatan.  Tak nampak bayang pun...malam tu, aku kuar dan cari cari kat longkang sambil panggil namanya.  Takde gak respon.  Esoknya hari Sabtu, masih mencari keliling kawasan perumahan...juga hampa.  Alahai..sedihnya hati tuhan je yang tahu.  

Rasa menyesal biarkan Chim diluar.  Tapi sebelum ni ok je sebab tau dia mmg tak kemana. Memang aku tutup pintu dan biarkan meow  6 ekor diluar dengan makanan dan minuman sebab aku tau kucing aku memang tidak kemana. 

Dulu dulu meow semua memang lepas bebas didalam rumah kalau aku bekerja, tapi disebabkan Chim berak merata dalam rumah, terpaksa aku biarkan mereka diluar masa kami kuar bekerja.  Memang ada je anak anak bulus aku menanti kalau aku balik kerja selama ni.  Sedihnya hati tak terkira.  Dia bukan jenis yang free roaming kat luar.  Hobinya bersantai didalam rumah.  Malamnya tido dalam bilik berekon.  Tapi aku positif yang Chim akan balik jua.  Balik la wahai Chim Chim.  Mommy rindu kat Chim :-(




Kawan opis aku kata Chim akan balik.  Baiklah...aku positif Chim akan balik.  Pulang ye Chim....

Ahad, 26 Jun 2016

Mission Accomplished :-)

Salam,

Ingat tak haritu aku cite kat korang aku teringin nak makan kueh limas homemade....

Akhirnya misi itu tercapai uolssss....

Sabtu lepas aku cuti puasa dan level tahap kerajinan 10 / 10...

Gigih potong daun pisang (nasib pokok kecik je)...

Gigih beli bahan dan ramuan (actually bahannya simple je diknun, sangat senang, cayalah)

Maka hasilnya...TADA !!!!




Tekstur dan rasanya agak berbeza dari tepung pelita...



Walaupun bekas daun pisang tu atau dipanggil 'temelong' tu aku cincai cincai je buat..

Tapi menjadi la jugak...rasa puas yang sukar digambarkan bila berjaya membuatnya :-)

Licin 10 bekas tau...hehehe...